![[VIDEO] Anak MUA Bellaz Menangis Nak Bawa Anak Kambing Naik Katil, Netizen Terhibur – ‘Wara Pergi Tidur Dekat Kandang Lah’](https://asset.ohbulan.com/2025/08/wara-anak-kambing.jpg)
Anak bongsu kepada jurusolek dan usahawan terkenal, MUA Bellaz iaitu Wara, mencuri perhatian ramai apabila gelagat comelnya bersama anak kambing peliharaannya menjadi tular di media sosial.
‘Mana boleh nak bawa kambing naik atas katil’
Dalam video yang dikongsikan, Wara dilihat menangis selepas tidak dibenarkan untuk membawa anak kambing kesayangannya naik ke atas katil di dalam bilik.
Turut kedengaran, Bellaz menasihati anaknya dengan lembut, menjelaskan bahawa katil adalah tempat untuk tidur dan bukan tempat untuk bermain dengan haiwan.
Siapa pun tak bagi. Mana boleh nak bawa kambing naik atas katil. Katil tu untuk kita tidur.
Memang abah tak bagilah, mama pun tak bagi.
Suruh kambing tu main dekat depan sini sudahlah.
Difahamkan, anak kambing yang diberi nama Wira itu merupakan hadiah sempena ulang tahun kelahiran Wara yang ketiga tahun.
Sementara menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat telatah Wara.
Komen


Sumber: TikTok


![[VIDEO] Pekerja Coffee Bean Fasih Bertutur Bahasa Korea Curi Perhatian Warganet](https://media.says.com/2026/09/yu9GYzFz-download.png)




![[VIDEO] Khairul Aming Menangis Kenang Arwah Bapa – ‘Dulu Nak Beli Ubat Tak Ada Duit, RM50 Pun Saya Tak Mampu Nak Bagi’](https://asset.ohbulan.com/2026/09/khairul-aming-.jpg)
