berita

[VIDEO] Anak Nora Ariffin Teruja Jungkook BTS Layan Lagu ‘Old Love’

March 17th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Viral di media sosial mengenai sebuah rakaman video di mana anggota kumpulan BTS iaitu Jungkook mendengar lagu Putri Dahlia dan Yuji secara langsung ketika bersiaran di Weverse.

Wow!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @itzputridahlia

Menerusi video tersebut, Jungkook mengejutkan ramai pihak apabila lagu ‘Old Love’ nyanyian anak penyanyi Datuk Nora Ariffin itu menjadi pilihan hatinya.

Bukan sahaja mendengar lagu tersebut, ahli BTS ini turut menyimpan lagu ‘Old Love’ itu di dalam playlist miliknya.

Menurut Putri, dia berasa teruja apabila penyanyi kegilaan ramai itu suka mendengar lagu nyanyiannya bersama Yuji.

Menerusi ruangan komen, rata-rata warganet dan rakan selebriti mengucapkan tahniah kepada Putri atas kejayaan yang luar biasa itu.

Pada masa yang sama, Nora Ariffin turut meluahkan rasa bangga atas pencapaian anaknya itu kerana tidak mudah untuk lagu tempatan mendapat perhatian penyanyi negara luar.

Sumber: Putri

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×