berita

[VIDEO] Anak Sanggup Saman Mak Sendiri Kerana Tanah Pusaka RM75k

May 21st, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Seorang anak sanggup menyaman ibu kandung sendiri gara-gara tidak berpuas hati terhadap ibunya yang menjual tanah seluas lima hektar bernilai 260 juta rupiah (RM75,000) tanpa pengetahuannya.

Anak failkan saman terhadap ibunya

Menurut laporan Kompas.com, anaknya Yusradi telah memfailkan saman terhadap Senah kerana telah menjual tanah pusaka milik ayahnya tanpa pengetahuan dirinya.

Ibunya mengakui bahawa anaknya itu bersikap dingin dan sanggup tidak menziarahinya ketika hari raya meskipun rumah anaknya itu tidak jauh hanya jarak dua meter sahaja di Kampung Lendang Are, Lombok.

Walau bagaimanapun, duit tanah yang dijual berkenaan sebenarnya ada untuk tujuan pendaftaran haji dan bukannya milik anak-anaknya itu.

Sebelum ini anak-anak sudah dapat bahagian masing-masing

Sebelum ini, anak-anaknya sudah menerima bahagian masing-masing apabila terdapat sebuah tanah sawah seluas 12 hektar milik suaminya itu telah dijual dan hasil daripada jualan tanah berkenaan dibahagikan sama rata kepada mereka.

Bagaimanapun, anaknya yang berusia 45 tahun itu tetap dengan pendiriannya untuk meneruskan tindakan undang-undang dengan menyaman ibunya dan telah melaporkan isu ini kepada pihak polis.

Yusriadi menjelaskan bahawa dia tidak pernah diajak berbincang mengenai urusan penjualan tanah berkenaan sedangkan dia merupakan anak sulung daripada adik-beradik mereka dan dia hanya meminta haknya sebanyak 0.80 hektar daripada penjualan tanah tersebut yang bernilai 260 juta rupiah.

Walaupun dah menjual tanah dan telah mendaftar haji mesti ada baki dari duit berkenaan dan baki tersebut perlu dibahagikan ikut hukum islam.

Anak saman ibu sebab tak puas hati

Sumber : Kompas.com

SKIP THIS AD ×