![[VIDEO] Anak Shuib Gembira Dilantik Jadi Duta Kedai Makan Pada Usia 8 Tahun](https://media.ohbulan.com/2025/03/Untitled-design-2025-03-07T102251.678.png)

Menyifatkan sebagai rezeki di bulan Ramadan, pelawak dan usahawan, Shuib meluahkan rasa syukur apabila anaknya, Ariq Matin, 8, dilantik sebagai duta sebuah kedai makan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shuib & Aisar Khaled Akhirnya Bertentang Mata Selepas Empat Tahun ‘Sengketa’ – ‘Tingginya Oi’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Talita Sedih Netizen Perburuk Shuib, Cakap Acah Nak Jadi Artis – ‘Dia Kata Saya Nyanyi Tak Bagus’
Duta kedai makan

Menerusi hantaran di TikTok, Shuib memberi kejutan kepada Matin dengan memaklumkan mengenai pelantikan tersebut.
Martin, awak dapat jadi duta. Awak akan jadi duta untuk satu kedai makan. Nama kedai itu adalah Nasi Bakar Bangkit.
Nanti ada gaji untuk awak. Kita akan buat food review. Alhamdulillah, rezeki bulan puasa untuk Matin.
Bagaimanapun reaksi spontan Matin mencuri perhatian apabila dia tidak memahami maksud pelantikan sebagai duta.
Duta? Duta itu apa? Tapi saya happy. Saya terkejut, ingatkan nak suruh saya nyanyi.
Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya mengucapkan tahniah dan turut menumpang gembira.
Video
@shuibsepahtu Alhamdulillah rezeki bulan puasa ? Matin dapat jadi Duta utk Nasi Bakar Bangkit yg akan dibuka tak lama lagi.Nasi Bakar la ehhhh??? Ape tu,takpe Matin nanti kita pegi food test dulu,Matin try ok,InsyaAllah mesti sedap ni.Tahniah Matin rezeki bulan puasa. #nasibakarbangkit #matin #duta ? original sound – shuibsepahtu
Sumber: TikTok







![[VIDEO] Penghuni Syurga Boleh Bantu Penghuni Neraka? Ini Penjelasan Ustaz Adnin](https://asset.ohbulan.com/2026/08/adnin.jpg)
