Penampilan personaliti media sosial, Ananda Natasha ditegur wargamaya kerana dianggap kurang sesuai dengan imej wanita bertudung.

Artikel Berkaitan: Anak Tinggi Suara, Ananda Natasha Terima Teguran Netizen

Artikel Berkaitan: ‘Anak Sumbing Sebab Kau Banyak Cakap Pasal Orang’ – Ananda Natasha Kecewa Kawan Buruk Sangka

Baju mencolok mata

@anandanatashaa1

Kat mana2 je sentiasa bawak @MANJA BERRIES HQ ❤️❤️

♬ original sound – Ananda_natashaaa – Ananda_natashaaa

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Ananda Natasha atau lebih mesra disapa Tasha dilihat mengenakan pakaian berwarna merah jambu berserta aksesori di pinggang.

Video berdurasi selama hampir dua minit itu meraih perhatian warganet yang kurang senang melihat pemilihan baju Tasha dengan imejnya yang bertudung.

Bagaimanapun, Tasha mengambil komen negatif tentang pemakaiannya sebagai nasihat untuk menutup aurat dengan lebih sempurna.

Kurus juga ujian

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat prihatin dengan memberi teguran kepada Tasha untuk memilih pakaian yang tidak menampakkan bentuk badan. Selain itu, warganet turut mengingatkan agar tidak menjadikan rezeki kurus sebagai ujian terbesar dalam menutup aurat dengan sempurna.

Sumber: TikTok @Ananda_natashaaa