![[VIDEO] Anggota Polis Beri Bantuan Untuk Lelaki OKU Kudung Kaki – ‘Ketika Ramai Cari Baju Raya, Dia Kutip Apa Orang Buang’](https://asset.ohbulan.com/2026/03/oku-kudung-1.jpg)
Seorang anggota polis berkongsi video di media sosialnya yang memaparkan kesusahan hidup seorang lelaki Orang Kelainan Upaya (OKU).
Artikel Berkaitan: ‘Dia OKU & Ada Kanser’ – Isteri Kongsi Video Suami Kira Duit Syiling Untuk Beli Barang Undang Sebak
Artikel Berkaitan: Tiga Hari Berlapar, Pelajar Tinggalkan Nota Terpaksa Pinjam Duit Tabung Masjid – ‘Saya Ambil RM7.65’
Ramadan seorang ayah
Menerusi perkongsian tersebut, anggota polis itu mendatangi lelaki berkenaan dan menegurnya yang sedang mencari kotak untuk dijual.
Lelaki itu kemudian memaklumkan bahawa dia kehilangan sebelah kakinya selepas terlibat dalam sebuah insiden sewaktu bekerja dahulu.
Ramai hanya nampak dia kutip kotak di tepi jalan, tapi mereka tak nampak beban yang dia tanggung di rumah.
Walaupun sudah kehilangan sebelah kaki, dia tetap keluar mencari rezeki dengan motosikal roda tiga.
Bukan untuk dirinya tetapi untuk anak-anak yang menunggu di rumah.
Difahamkan, lelaki itu turut mempunyai seorang isteri yang juga seorang OKU serta dua orang anak berusia 16 dan 18 tahun, di mana salah seorang daripadanya merupakan OKU lembam.
Pada akhir video tersebut, anggota polis berkenaan menghulurkan sejumlah wang sebagai sedekah untuk lelaki itu.
Ramadan ini, ketika ramai sibuk mencari baju raya, dia masih mengutip apa yang orang buang.
Kerana bagi seorang ayah, selagi masih mampu bernafas, dia akan terus berjuang demi keluarganya.
Komen netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut meluahkan rasa simpati terhadap lelaki tersebut, malah mereka juga menyatakan hasrat untuk menghulurkan bantuan kepadanya.
Sementara itu, warganet juga memuji anggota polis berkenaan kerana sudi berkongsi rezeki dengan insan yang memerlukan.
Sumber: TikTok