Pelakon dan pempengaruh, Norreen Iman tidak selesa untuk mengulas mengenai imej terbaharunya di depan khalayak ramai.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Harap Dia Faham Tanggungjawab Terhadap Anak..Boleh Hidup Bahagia, Tapi Jangan Abaikan Mereka’ – Norreen Iman

Imej tanggal tudung

Ketika ditemui OhBulan!, Norreen, 32, bagaimanapun berharap orang ramai dapat menitipkan doa yang baik untuk dirinya.

Doakan yang terbaik, perkara ini antara saya dengan Allah SWT. Selain daripada itu, saya rasa terlalu personal sangat untuk dibincangkan depan kamera.

Kalau dapat tahu melalui direct (media sosial), melalui saluran itu sajalah tetapi saya sebenarnya tidak terlalu terbuka untuk memberitahu orang ramai tentang apa yang berlaku buat masa ini.

Ketika ditanya penyebabnya berkongsi cerita di media sosial, Norreen hanya menyerahkan segalanya kepada yang Maha Esa.

Biar saya jalani kehidupan yang gembira dengan anak-anak saya. Macam sekarang ini pun kalian temu bual saya di lokasi di mana saya perlu bekerja demi sesuap nasi sebab hidup di bandar ini tidak semudah itu. Apa yang nak jadi, jadilah. Saya gembira sekarang.

Malah kata Norreen, kehidupannya selepas penceraian juga kini lebih privasi berbanding sebelum ini.

Katanya, ada masa dia hanya mahu terus memendam daripada berkongsi kerana merasakan itu yang terbaik.

Bukankah itu yang sepatutnya berlaku? Namun, apabila ada sesuatu yang disampaikan dengan unsur provokasi secara tidak langsung, saya tetap seorang manusia yang mempunyai perasaan.

Sampai satu tahap, saya rasa seperti perlu terus menyimpan dan memendam semua perkara seperti sebagaimana yang sepatutnya, sampai tahap saya pula yang dipandang buruk sebagai seseorang yang pernah berada dalam hubungan itu.

Sudah tentu, ada kalanya saya berasa ingin mempertahankan diri. Namun, tidak mengapa. Saya serahkan sahaja semuanya kepada Tuhan.

Terdahulu, nama Norreen menjadi bualan apabila penampilannya kelihatan berbeza selepas bercerai dengan bekas suaminya pada Mei lalu.

Norreen juga didakwa banyak berkongsi tentang kisah hidupnya dan mendakwa berlakunya provokasi antara dia dan bekas suaminya.