Pelakon jelita, Anzalna Nasir memuji keberanian adiknya yang juga seorang aktres, Afifah Nasir menyanyi depan khalayak ramai dalam sebuah program realiti yang disertainyai baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Lebih Selesa Tidak Berkongsi Tentang Bakal Suami, Afifah Nasir Kahwin Tahun Depan
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mona Allen Sertai Pertandingan Nyanyian, Netizen Tak Sanggup Dengar -‘Lebih Baik Fokus Berlakon’
Suara boleh diasah
Menerusi perkongsian di laman TikTok, Anzalna atau nama sebenarnya Nur Anzalna Md Nasir berkata, sekiranya dia berada di tempat adiknya itu, sudah pasti merasa gemuruh.
Malah, Anzalna sempat berseloroh mengatakan, suara Afifah masih boleh diasah dengan menggunakan pengasah pisau.
Saya kalau menyanyi depan orang ramai rasanya terkeluar terus suara kambing sebab gemuruuh! Tapi dia (Afifah Nasir) sangat berani lah!
Suara sedap boleh diasah dengan pengasah pisau, hahaha.
Menerusi perkongsian tersebut, Anzalna turut memuat naik sepotong video pendek yang menyaksikan Afifah sedang menyampaikan lagu Bertakhta Di Hati nyanyian asal Faradhiya dalam program berkenaan.
Netizen terhibur
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya terhibur dengan kapsyen yang ditulis Anzalna selain ramai yang memuji kemerduan suara yang dimiliki Afifah.
Dalam pada itu, ada juga segelintir netizen yang teringat akan gelagat Afifah yang suka bergelak besar.
Video
@anzalnanasir I kalau menyanyi depan orang ramai rasanya terkeluar terus suara kambing sebab nervous! This girl @Afifah nasir ? original sound – Anzalna Nasir
Sumber: TikTok