berita

[VIDEO] ‘Apa Guna Solat Tapi Tayang Body’ – Baby Shima Kecewa Dengan Komen Netizen

August 2nd, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Penyanyi jelita, Baby Shima meluahkan rasa kecewa dengan komen seorang individu di TikTok seolah mempersoalkan ibadah solatnya dengan tidak menutup aurat dengan sempurna.

‘Apa guna solat tapi tayang body?’

Menerusi video yang dimuat naik oleh Baby Shima di Instagram, dia mengakui agak terkilan dengan komen yang ditinggalkan oleh netizen. Ujarnya, dia bukan seorang yang tidak boleh menerima teguran daripada orang lain, namun teguran berkenaan perlu kena pada tempatnya.

Semalam Shima ada post satu content kat TikTok, lepas tu ada lah seorang mamat ni dia cakap macam ni, ‘Apa guna solat tapi tayang body’.

Seakan-akan kau sorang je yang boleh solat. Seakan-akan kau sorang je yang boleh tentukan siapa yang sah siapa yang tak sah solat.

Jelasnya lagi, disebabkan seseorang itu mempunyai pemikiran sebegitu, orang yang sudah menutup aurat dengan sempurna sekalipun pemikirannya tetap akan kotor.

Kau kutuk-kutuk aku tapi aku kau punya following banyak perempuan seksi. Bukan tu namanya munafik ke? Jangan bertopeng malaikat disebalik perangai syaitan kau.

Cukuplah kau judge orang tu kau cuma lihat dari luaran sahaja. Disebabkan luaran kau judge dia macam-macam tapi kau tak tahu niat seseorang tu. Kau tak akan tahu cuma Allah je yang tahu.

‘Jangan rasa diri tu malaikat, seakan semenjak lahir tak pernah buat kesalahan’

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NENG BABY SHIMA (@babyshimaofficial)

Sumber : babyshimaoffcial

SKIP THIS AD ×