berita

[VIDEO] ‘Apa Lagi Anugerah Ada? Bagi Sini..’ – Sharifah Sakinah Sindir Neelofa?

April 17th, 2018 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Anugerah Meletop Era 2018 telah berlangsung beberapa minggu yang lalu dan umum mengetahui bahawa Neelofa telah merangkul anugerah bagi Artis Paling Meletop. Netizen nampaknya tidak berpuas hati dengan keputusan itu lantas melebel acara tahunan tersebut sebagai ‘Anugerah Syok Sendiri’ dan ‘Anugerah Jaga Hati Neelofa’.

Terbaru Sharifah Sakinah pula memuatnaik satu rakaman video yang seolah-olah menyindir Neelofa kerana berjaya merangkul banyak anugerah dalam Majlis Anugerah Meletop Era 2018.

‘Apa lagi anugerah yang ada? Bagi sini..’

https://www.instagram.com/p/BhqJMaoHpWW/?taken-by=sharifah_sakinah

Dalam video yang berdurasi selama 35 saat itu Sharifah Sakinah melakonkan semula watak sebagai Neelofa dan mendedahkan nama Neelofa bagi calon anugerah artis paling meletop sebanyak tiga kali. Video ini juga telah mendapat lebih daripada 116k tontonan.

‘Aku dah ucap terima kasih, tak cukup lagi ke?’

Dalam pada itu Micheal Ang juga tidak ketinggalan dengan memberikan komen terhadap video tersebut.

‘Tengok ni, sarcasm gila..’

Rata-rata netizen merasakan video tersebut kelakar dan berpendapat bahawa Sharifah Sakinah sangat berani dengan membuat video seperti itu.

‘Makcik, fans lofa tak marah pun..’

Bagaimanapun, video itu didakwa tidak sedikit pun membangkitkan kemarahan peminat pengacara cantik tersebut. Malah, mereka akan terus memastikan agar Neelofa kekal berada diatas.

Credit: Sharifah Sakinah

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×