berita

[VIDEO] ‘Apa Yang Ada Pada Marsha & Ernie, Tiada Pada Saya’ – Aina Abdul

October 2nd, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Aina Abdul Ernie Zakri Marsha Milan

Penyanyi bervokal lantang, Aina Abdul menyatakan dirinya tidak mudah ‘melatah’ apabila sering dibandingkan dengan beberapa penyanyi lain seperti Ernie Zakri dan Marsha Milan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aina Abdul ‘Balas Dendam’ Lepas Adlin Aman Ramlie Komen Fesyen Macam ‘Mak Cik’

Artikel Berkaitan: Aina Abdul Terima Teguran Pendakwah Ulas Fesyen Aneh – ‘Saya Renungkan, Akan Perbaiki Selepas Ini’

Meraikan kelebihan dan kekurangan

Aina Abdul Ernie Zakri Marsha Milan

Menerusi temu bual eksklusif dalam rancangan Show Dalam Bilik, Aina atau nama lengkapnya Nurul Aina Abdul Ghani, 30, berkata setiap penyanyi mempunyai kekurangan dan kelebihan masing-masing.

Malah, Aina akui kelebihan yang ada pada rakan seindustri Ernie dan Marsha belum tentu ada pada dirinya.

Bagi saya, nama-nama penyanyi yang netizen sebut seperti Ernie Zakri, Marsha Milan dan beberapa lagi itu semua termasuk diri saya, kami datang latar belakang yang sama, iaitu penyanyi yang cinta tentang ilmu vokal.

Kami semua memiliki kekurangan dan kelebihan yang berbeza-beza. Apa yang ada pada Marsha dan Ernie tidak ada pada saya.

Dalam masa sama, pelantun lagu Terus Hidup itu berkata dia tiada hak untuk menutup mulut netizen yang sering membandingakn dirinya dengan penyanyi lain.

Menurut Aina, dia hanya mahu tonjolkan yang terbaik untuk dirinya dan sentiasa menyokong rakan penyanyi tanah air.

Saya juga tidak boleh menutup mulut mereka yang terus komen dan membandingkan kami, anda boleh terus komen apa yang anda mahukan, tapi saya sentiasa sokong rakan-rakan penyanyi yang seindustri.

Kami semua buat perkara yang sama iaitu menyanyi, mahu sentiasa menjadi penyanyi yang terbaik dari hari ke hari. Saya juga mendidik diri saya untuk tidak mudah melatah dengan teguran atau komen netizen.  Terima kasih yang sentiasa mendengar lagu-lagu saya.

Dalam perkembangan lain, Aina bakal mengadakan konsert berskala besar berjudul A Night With Aina Abdul 3.0 pada 18 November 2023 dan memilih dewan Axiata Arena, Bukit Jalil sebagai lokasinya.

Tiket konsert mula dijual dengan harga RM98 (Silver), RM188 (Gold), RM258 (Platinum), RM288 (VIP), RM358 (VVIP) dan RM458 (MIP) bermula 15 September 2023 di www.aina.abdul.my.

Ingin tahu lagi apa pendedahan secara eksklusif bersama Aina? Jom saksikan video penuh Show Dalam Bilik bersama hos Amat Larbsib di Youtube rasmi OhBulan!

Video

SKIP THIS AD ×