Penyanyi dan komposer terkenal, Ajai memberikan pandangan terhadap isu dadah melibatkan sahabatnya yang juga merupakan vokalis kumpulan Exist iaitu Mamat.
Artikel Berkaitan: ‘Kadang-Kadang Kami Rasa Macam Mana Lagi Nak Bantu Dia’ – Musa Exists
Bukan faktor sekeliling
Ketika ditemui OhBulan!, Ajai atau nama sebenarnya Mohd Faizal Maas percaya bahawa kesilapan yang berlaku itu datangnya daripada diri sendiri dan setiap kekhilafan yang berlaku tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak lain.
Ajai juga menolak dakwaan bahawa faktor salah memilih kawan menjadi punca Mamat terjebak dengan gejala dadah berkali-kali sebelum ini.
Sebenarnya ia terletak pada hati Mamat sendiri. Apa yang jadi bukan fasal salah orang lain. Ia berlaku kerana hati sendiri. Hati sendiri yang ‘on off’ benda itu.
Kalau ada orang bagi (benda salah) dan hati kamu tak nak, tak jadi juga benda itu. Jadi, pucuk pangkalnya hati sendiri.
Ajai berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada sidang media program realiti Gimme The Mic yang diadakan di The Bee, Publika, pada petang Khamis.
Ketika ditanya mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh Musa, Ajai berpendapat bahawa mungkin ahli kumpulan Exist itu sudah begitu hampa dengan Mamat yang acap kali terlibat dengan gejala dadah setiap kali pulang ke kampung.
Saya tak akan salahkan orang di sekeliling Mamat. Cuma mungkin ketika Musa mengeluarkan kenyataan bahawa Mamat lebih baik keluar daripada kampung, saya percaya dia tidak memaksudkannya.
Mungkin dia begitu hampa dan kecewa sebab selama ini Exists banyak sokong Mamat.
Tapi bila dia balik (kampung) saja, dia akan kena tangkap sebab bila Mamat di Kuala Lumpur bersama kami, dia okey sahaja.
Mungkin itulah maksud Musa. Bukanlah dia salahkan orang kampung. Sebab itu saya cakap tadi, pucuk pangkalnya Mamat itu sendiri.
Orang lain nasihat pun tak guna kalau kamu masih tak ada pendirian untuk berhenti.
Dalam pada itu, Ajai meminta semua orang di luar sana mendoakan Mamat untuk terus kuat dalam usahanya memperbaiki diri pulih daripada najis dadah.
Kita sama-sama doa agar Allah berikan hidayah supaya dia sedar dan tinggalkan benda itu (dadah) dengan sebetulnya.
Dia seorang yang sangat bagus dalam memberi komitmen. Dia sangat bagus sebab bila dengan kami, dia sangat berdisipilin. Dia tahu kerjaya dia, selalu datang latihan dan ‘rehearsal’. Tapi kami faham ‘temperature’ dia akan berubah-ubah, kita doakan dia.
Terdahulu, ahli kumpulan Exists iaitu Musa memaklumkan bahawa terdapat seorang peguam menyarankannya untuk membawa Mamat keluar dari kampungnya supaya kawan-kawan lamanya tidak mencarinya lagi.
Menurut Musa, sangat sukar untuk Mamat pulih kerana ‘kawan-kawan lamanya’ datang mencari di saat dia mula bersedia untuk berubah.
Video
@ohbulanofficial Ajai memberikan pandangan terhadap isu dadah melibatkan sahabatnya Mamat Exist. #ohbulan #fyp #ajai #mamatexist ? original sound – OHBULAN!