![[VIDEO] Apakah Hukum Azan & Iqamat Bayi Yang Baru Lahir? Ustaz Azhar Idrus Beri Penjelasan](https://asset.ohbulan.com/2025/07/ustaz-azhar-987.jpg)
Foto: Malaysia Now & Prudensi
Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus menerangkan tentang hukum mengazankan dan mengiqamatkan bayi yang baru lahir.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Apakah Beza Nafkah Dengan Perbelanjaan Keperluan Dapur? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kadang-Kadang Berpisah Sekejap Tanpa Cerai Adalah Membaikkan Keadaan’ – Ustaz Azhar Idrus
Penerangan ustaz
Menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok, Ustaz Azhar menjelaskan bahawa hukum azan dan iqamat adalah sunat seperti yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW.
Tidak wajib, ianya sunat.
Tindakan itu mengikut perbuatan Rasulullah SAW yang mengazankan di telinga cucu-cucunya iaitu Hassan dan Hussein.
Kalau kita nak iqamat pun boleh, nak buat kedua-duanya sekali pun boleh juga.
Kalimah yang baik

Foto: Malaysia Gazette
Dalam masa yang sama, pendakwah tersebut juga menjelaskan tentang cara azan dan iqamat.
Kalau kita nak azan sahaja, azanlah di telinga kanan bayi.
Tapi kalau nak azan dan iqamat, azan di telinga kanan manakala iqamat di telinga kiri.
Menurut Ustaz Azhar, tindakan mengazan dan mengiqamatkan bayi adalah bertujuan untuk mendedahkannya dengan keimanan kepada Allah SWT seawal kelahiran.
Biar dia dengar kalimah yang baik ketika datang ke dunia.
Sumber: TikTok






![[VIDEO] ‘Teguran Kepada Azad, Carilah Konten Patuh Syariah & Beradab..Halal, Haram Jangan Dibuat Gurauan’ – PU Syed](https://asset.ohbulan.com/2026/07/aufMf27t-pu-syed.jpg)
