Ketika menjelang Aidilfitri, rata-rata masyarakat di negara ini akan berbelanja lebih terutama untuk pakaian mereka sempena meraikan perayaan tersebut.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Apakah Hukum Zakat Fitrah Dibayar Secara Online? Ini Penerangan Ustaz Azhar Idrus

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Apakah Hukum Berpuasa Separuh Hari Bagi Kanak-Kanak? Ustaz Azhar Idrus Beri Penjelasan

Sunat pakai pakaian cantik

Menerusi perkongsian di TikTok, Ustaz Azhar menjelaskan bahawa memakai pakaian yang cantik pada Hari Raya adalah sunat.

Sunat memakai pakai pakaian yang cantik untuk semua orang tua, kanak-kanak dan tidak kiralah sama ada lelaki ataupun perempuan. Ia bagi meraikan perayaan dalam Islam.

Murah atau mahal tidak ada masalah, janji pakaian itu istimewa.

Pesanan untuk anak-anak

Dalam pada itu, pendakwah berusia 62 tahun tersebut sempat menitipkan nasihat kepada anak-anak supaya tidak lupa untuk menggembirakan ibu bapa mereka ketika Syawal tiba.

Belikanlah kepada ibu bapa walaupun harganya murah sahaja. Mesti mereka akan suka.

Esok bila mereka pakai mesti akan rasa bangga sebab anak yang belikan walaupun beli di pasar malam tetapi hatinya gembira.

Menurut Ustaz Azhar, pengorbanan mereka sepanjang membesarkan anak-anak haruslah dikenang.

Bukan marah beli dekat isteri, tetapi ingatlah kepada ibu ayah.

Mak ayah dulu susah cari duit, turun menoreh dan ke laut nak cari wang untuk sekolahkan anak.

Sumber: TikTok