berita

[VIDEO] Api Misteri Muncul Lagi, Rumah ‘Diganggu’ Sejak 7 Tahun Lalu

December 31st, 2019 | by Arini Saleh
Video Popular

Dilema sebuah keluarga sejak tujuh tahun lalu berulang lagi apabila api tiba-tiba menyala membakar kawasan rumah. Menerusi video yang dikongsi laman Kelantan State, Wan Nor Fatihah Wan Hanafi dilihat sugul mengenangkan nasib yang menimpa keluarganya.

Harian Metro melaporkan, bermula dengan kebakaran motosikal di bawah rumah pada Ahad lalu, keluarga ini sekali lagi mendapat ‘gangguan misteri’.

Api tiba-tiba muncul

Video berdurasi 18:11 saat ini menunjukkan kawasan rumah yang hangus terbakar secara tiba-tiba bermula sejak Ahad lalu. Malahan, kejadian yang berlaku di Kampung Penambang, Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB) Kota Bharu ini bukanlah kali pertama berlaku. Menurut anak, Wan Nor Fatihah Wan Hanafi, gangguan misteri ini sudah menghantui keluarganya sejak 7 tahun lalu.

Sekali lagi diganggu

Pada September 2017, rumah dihuni mereka terbakar 100 peratus menyebabkan mereka tinggal sehelai sepinggang.

Selepas lebih dua tahun tidak diganggu kejadian misteri ini, kami sekali lagi terpaksa melaluinya, bermula dengan kebakaran motosikal di bawah rumah pada 8.45 malam, Ahad lalu.

Saya sudah buntu apatah lagi, ada penduduk kampung yang memulaukan kami sekeluarga kerana terdapat pengamal perubatan tradisional yang ambil kesempatan dan buat andaian mengarut.

Dijaga pihak bomba

Menurut Wan Nor Fatihah lagi, selepas kejadian rumah terbakar, mereka tinggal di rumah kebajikan namun lokasi tersebut turut diganggu api.

Sepanjang dua malam ini rumah kami ‘dijaga’ pihak bomba yang sentiasa bersedia kerana risau api muncul akan memusnahkan lagi kediaman. Kami tidak mahu pisang berbuah dua kali.

Kami sekeluarga kini tidak lena untuk tidur memikirkan cara untuk menyelesaikan masalah ini. Saya merayu orang ramai tidak membuat andaian sendiri kerana ada tidak rasai derita kami.

Wartawan yang berada di lokasi mengesahkan api tiba-tiba muncul membakar bahagian rumah dalam tempoh beberapa minit termasuklah kain, selimut dan sejadah. Api marak yang tiba-tiba merebak turut menjejaskan barangan lain seperti pintu, almari dan mesin basuh.

Sumber : Kelantan State , Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×