Pelakon dan penyanyi Aqasha menyorot perhatian ramai dengan ketampanannya yang awet muda, hingga peminat mengusik bahawa dia memiliki aura ‘vampire’ yang langsung tidak dimakan usia.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nyanyi Lagu ‘Ku Cari Damai Di Hati’, Suara Aqasha Bikin Netizen Terpegun – ‘Rindu Nak Tengok Dia Perform’

Artikel Berkaitan: Aqasha Coret Ucapan Istimewa Untuk Isteri Sempena ‘Anniversary’ Ke-14 – ‘Terima Kasih Jadi Isteri Yang Patuh & Setia’

Awet muda

Menerusi perkongsian di Threads, pemilik nama Firdee Akasyya Rosli memuat naik videonya menyanyikan lagu Can’t Change Me nyanyian Chris Cornell.

Bagaimanapun apa yang lebih menarik perhatian warganet apabila wajah aktor itu tidak masih tidak berubah meskipun usianya sudah mencecah 44 tahun.

Bagaimanapun, apa yang lebih mencuri perhatian ramai apabila wajah aktor itu dilihat seakan tidak berubah, meskipun usianya kini sudah mencecah 44 tahun.

Menjengah ke ruangan komen, segelintir warganet dilihat mengajukan persoalan tentang rahsia dirinya yang tampak muda.

Menjawab secara berseloroh, Aqasha berkata dia hanya mengamalkan air wuduk sebagai ‘rahsia’ awet mudanya itu.

Kalau aku kata sebab ‘wudhu’ bunyinya macan ujub dan ria’ aku ni kan? Tapi jangan percaya kamera di zaman media sosial ni.

Komen netizen

Sumber: Threads