![[VIDEO] Ara Johari Akui Kini Lebih Selesa Bawa Lagu Galau – ‘Bila Pita Suara Rosak, Sukar Nak Capai Nada Tinggi’](https://asset.ohbulan.com/2026/10/IMG_1627.jpeg)
Penyanyi Ara Johari, mengakui kini lebih selesa mendendangkan lagu-lagu yang tidak terlalu mencabar vokalnya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ara Johari ‘Tarik’ Sambil Duduk, Netizen Terpukau Dengar Nota Tinggi – ‘Memang Power Suara Dia’
Kemampuan vokal

Ketika ditemui OhBulan!, Ara atau nama lengkapnya Nurfarrah Izzatie Johari, 29, menjelaskan bahawa faktor kesihatan telah menjejaskan mutu suaranya iaitu selepas dijangkiti Covid-19 dan Influenza sebelum ini.
Sejujurnya, ya! Apabila usia semakin meningkat, kemampuan vokal kita juga tidak semestinya sama seperti ketika remaja.
Tambahan pula, Ara pernah dijangkiti Covid-19 sebanyak lima kali dan influenza sebanyak dua kali.
Selepas dijangkiti influenza, kemampuan vokal Ara benar-benar terjejas sehingga terpaksa menurunkan nada nyanyian sebanyak satu key berbanding dahulu.
Menurut Ara, dia sukar untuk menyanyikan lagu-lagu bernada tinggi adalah merupakan kesan daripada jangkitan wabak tersebut.
Memang sangat memberikan kesan. Selepas dijangkiti influenza, suara Ara menjadi sangat kasar.
Dahulu, Ara mampu mencapai nada yang lebih tinggi daripada lagu Bunga, tetapi sekarang lagu itu merupakan antara had tertinggi yang Ara masih mampu nyanyikan.
Apabila mengalami sakit tekak, keadaan itu turut menjejaskan pita suara. Jadi, apabila pita suara mengalami kerosakan, memang sukar untuk mencapai nada tinggi seperti dahulu.
Tambah Ara, dia juga mengalami proses pemulihan yang agak panjang untuk kembali mendapatkan semula kualiti suaranya.
Kalau Ara kehilangan suara, proses pemulihannya memang mengambil masa lama. Kadang-kadang sampai tiga atau empat bulan Ara tidak mempunyai suara seperti biasa.
Jadi, Ara mula memikirkan kemampuan vokal untuk jangka masa panjang.
Contohnya, lagu Bunga mempunyai nada yang sangat tinggi. Ara sendiri tidak tahu sama ada 20 tahun lagi Ara masih mampu menyanyikan lagu itu dengan nada asal. Mungkin ketika itu Ara terpaksa menurunkan key.
Ara berkata demikian semasa ditemui pada sidang media pelancaran lagu terbaharunya berjudul Kisah Yang Hampir Sempurna yang berlangsung di Universal Music Malaysia, Petaling Jaya pada Selasa.
Walau bagaimanapun, Naib Juara AJL 33 itu berkata, karya galau menjadi pilihannya ketika ini bukan semata-mata kerana kemampuan vokal tetapi dia juga mahu meneroka kepelbagaian dalam genre lagu.
Ya, tetapi bukan sepenuhnya disebabkan faktor itu. Ia hanya sebahagian daripada perancangan Ara.Ketika menerima lagu Menjaga Jodoh Orang Lain, lagu itu memang dihasilkan dengan nada tersebut.
Ara selesa menyanyikannya, jadi tidak perlu memaksa diri untuk menyanyikan lagu bernada terlalu tinggi. Lagipun, ada juga pendengar yang tidak suka apabila Ara menyanyikan lagu bernada tinggi.
Kadang-kadang, ada yang mengecam dan mengatakan Ara seperti menjerit ketika menyanyi. Jadi, Ara mahu mencuba sesuatu yang berbeza daripada karya-karya sebelum ini.
Dalam perkembangan lain, Ara telah pun melancarkan single Kisah Yang Hampir Sempurna yang merupakan hasil ciptaannya bersama Aepul Roza dan Daus Drama Band.
Selain itu, Ara juga mengumumkan bakal mengadakan Showcase Sedekad Bersuara yang dijadualkan berlangsung di pada November ini.






![[VIDEO] Iqbal Zulkefli Tak Terfikir Hadir Majlis Kahwin Vida & Fazley Yaakob – ‘Saya Doakan Kebahagiaan Mereka’](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2186.jpg)

