Kerenah anak bongsu pelakon dan penyanyi Bella Astillah iaitu Ara Adreanna mencuit hati wargamaya dengan tindakannya yang bersahaja.

Artikel Berkaitan: Syed Saddiq Sanggup Jadi ‘Superman’, Rai Hari Lahir Anak-Anak Bella Astillah

Artikel Berkaitan: Ibu Aliff Aziz Titip Ucapan ‘Birthday’ Untuk Ayden & Ara – ‘Cucunda Berdua Penyambung Keturunan Kami’

Ara dan Syed Saddiq

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, hubungan Ara dilihat mesra bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq yang hadir meraikan hari lahir kedua-dua cahaya mata Bella Astillah.

Pada video berdurasi selama 17 saat itu, Ara meraih perhatian wargamaya apabila dia berpaut pada bahu Syed Saddiq semasa sedang bergambar bersama.

Perkongsian itu meraih lebih satu juta tontonan di aplikasi TikTok.

‘Budak-budak tak pandai menipu’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat kerenah Ara yang selesa dengan kehadiran Syed Saddiq. Selain itu, warganet turut menganggap anak-anak pelantun lagu ‘Lebih Indah Berpisah’ itu memberi ‘lampu hijau’ pada hubungan Bella dan Saddiq.

Sumber: TikTok @fansbase.official18