![[VIDEO] Ardell Aryana Terharu Terima Banyak ‘Gift’ TikTok, Mahu ‘Withdraw’ & Kongsi Dengan Anak Gaza](https://asset.ohbulan.com/2025/09/ardell.jpg)
Pelakon dan aktivis kemanusiaan, Ardell Aryana terharu dengan sumbangan penonton siaran langsung di TikTok yang banyak memberi ‘gift’.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hazwani Helmi Perjelas Kenapa ‘The Helmis’ Tak Sertai Misi Di Gaza – ‘Doakan Pasukan Pertama Berjaya’
Artikel Berkaitan: Fattah Amin Sumbang Pakaian Musim Sejuk, Rakyat Pal*stin Ucap Terima Kasih – ‘Ia Mengubah Hidup Keluarga Di Sini’
Kongsi rezeki dengan anak Palestin
Menerusi potongan klip yang dimuat naik, Ardell atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin dilihat gagal menahan sebak apabila menerima pelbagai jenis ‘gift’ sepanjang bersiaran langsung di aplikasi TikTok.
Ujar Ardell, dia mahu mengeluarkan jumlah wang yang diterima melalui ‘gift’ dan diagihkan kepada anak Gaza.
Ya Allah saya tak pernah jumpa hadiah-hadiah macam ini.
SubhanAllah banyaknya hadiah korang bagi. Selama saya ada TikTok, saya tak pernah tengok gift yang macam ini.
Saya sangat terharu rakyat Malaysia buat solat hajat dan bacaan Yassin. Saya buat live, korang pula sokong. Alhamdulillah.
Kalau lah saya boleh buat live di Gaza, saya dapat tunjuk gift ini semua pada anak-anak kecil, saya dapat keluarkan duit daripada hasil gift, dan beri pada mereka.
Doa netizen




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sebak melihat perjuangan Ardell sekali gus mendoakan agar niat mulia itu dipermudahkan Allah.
Sekadar info, Ardell dan rakan selebriti Zizi Kirana bersama-sama berangkat ke Gaza bagi menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla yang menghimpunkan rakyat dunia bagi memecahkan sekatan haram rejim Israel terhadap Gaza.
Sumber: TikTok @ArdellAryanaa








