Pelakon baharu, Arena Wan mendedahkan hampir putus asa menapak nama dalam industri seni dengan ‘kritikan pedas’ yang sering diterima mengenai lakonannya.

Artikel Berkaitan: Marc Sadique Mahu Buktikan Bukan Sekadar Pelakon Muka ‘Handsome’, Jawab Dakwaan Anak Emas Zeel Production

Artikel Berkaitan: ‘Maaf Cakap, Segelintir Pelakon Baharu Sekarang Kurang Adab’ – Anne Abdullah

Berlakon kayu

Ketika ditemui OhBulan!, Arena, 26, akui tidak mudah meneruskan kerjaya dalam industri seni apabila dirinya dihujani komen ‘lakonan kayu’.

Mula-mula saya koyak dan rasa down. Saya seorang yang agak sensitif serta sentiasa ambil peduli pandangan orang sekeliling.

Tapi saya mula belajar sesiapa bercakap buruk tentang saya, ia adalah satu teguran supaya saya dapat memperbaiki diri.

Arena berkata demikian pada malam sidang media Generasi: Perfect 10 yang berlangsung di Pavilion Bukit Bintang, baru-baru ini.

Ambil positif

Dalam pada itu, Arena mengambil komen-komen negatif sebagai semangat buat dirinya memperbaiki bakat lakonan.

Ujar Arena, dia mengambil inisiatif menyertai kelas lakonan bagi persediaan yang lebih tinggi bagi setiap watak yang diterima.

Saya berterima kasih kepada setiap komen.

Bila lihat komen itu semula saya sangat beremosi kerana kali pertama saya jejak langkah ke industri ini saya tidak tahu apa-apa.

Tapi perkara itu menjadikan saya lebih kuat dan belajar perbaiki lakonan saya dengan menyertai kelas.

Bila saya dapat peluang kerja dengan pelakon-pelakon senior, saya suka belajar dengan mereka.

Saya sedar selama ini saya terlalu merendah diri dan sudah tiba masanya untuk tidak negatif.