berita

[VIDEO] Askar Thai ‘Mengamuk’ Buat FB Live Tembak Orang Awam, 12 Disahkan Terkorban

February 8th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Seorang askar Thailand dilaporkan telah melakukan tembakan rambang sehingga telah meragut sekurang-kurangnya 12 nyawa orang awam. Tidak kurang juga, ada diantara mereka yang mengalami kecederaan akibat ditembak askar berkenanan dengan menggunakan mesingan.

Tembakan rambang

Menerusi laporan CNN, suspek yang dikenali sebagai Sarjan Mejar Jakapanth Thomma telah mencuri kenderaan tentera sebelum melakukan tembakan tersebut. Tidak cukup dengan itu, suspek kemudian turut membuat FB Live dan memuatnaik beberapa foto serta video di laman Facebook miliknya yang menunjukkan dirinya sedang melakukan serangan di kawasan Nakhon Ratchasima atau lebih dikenali dengan nama bandar Korat. Suspek turut menulis satu kapysen ‘Kematian tidak dapat dielakkan oleh semua orang’ sambil memuatnaik foto dirinya sedang memegang senjata.

Menurut pihak polis, suspek yang berada di salah sebuah rumah di kawasan bandar itu dengan secara tiba-tiba telah menembak mati dua individu. Selepas itu, suspek yang juga merupakan Komando Wilayah Tentera Ke-2 telah beredar dan pergi ke tempat simpanan senjata untuk mengambil senjata baru dan telah menembak beberapa individu yang berada di kawasan tersebut.

Suspek masih belum ditangkap

Menurut jurucakap Kementerian Pertahanan, Lt. Gen berkata suspek dipercayai telah bertengkar dengan orang atasan di tempatnya bekerja dan disebabkan terlalu berang suspek bertindak melepaskan tembakan ke arah individu tersebut. Suspek kemudian telah mencuri senjata individu berkenaan dan menembak rakan-rakannya yang lain. Tidak cukup dengan itu, suspek dipercayai telah memasuki kawasan pusat membeli-belah dan menyerang orang awam yang berada di sekitar kawasan berkenaan.

Berikutan daripada kejadian tembakan rambang ini, pihak polis telah menutup pusat beli-belah Terminal 21 memandang suspek dipercayai masih berada di kawasan tersebut. Sementara itu, menurut jurucakap polis, Krissana Pattanacharoen pihak mereka masih menjalankan siasatan untuk melakukan penangkapan terhadap suspek.

Seorang lelaki bersenjata menggunakan mesingan dan menembak mangsa tidak bersalah menyebabkan ramai yang cedera dan mati.

Tambahnya lagi, pihak polis dan tentera juga telah diarahkan untuk berada di lokasi kejadian.

Sumber: CNN, Al-Jazeera, BBC, Twitter

SKIP THIS AD ×