Kemelut rumah tangga berakhir, peguam syarie mewakili Ahmad Aslam iaitu Muhammad Ammar Yaser mengesahkan status pempengaruh itu bukan lagi suami kepada Marissa Dania.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aslam Kunci Mulut, Marissa Dania Tak Menangis

Artikel Berkaitan: ‘Kami Kini Dalam Proses Berpisah, Berikan Sedikit Ruang’ – Marissa Dania

Aslam, Marissa bukan lagi suami isteri

Ammad Yaser berkata, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah memutuskan pasangan itu sah bercerai.

Aslam dan Marissa bukan lagi suami isteri. Hakim ada banyak keputusan dan terma yang dinyatakan dalam penghakiman, tetapi secara ringkasnya kedua-dua pihak bukan lagi suami isteri.

Sekiranya mereka ingin kembali bersama sebagai pasangan suami isteri, mereka perlu melalui akad nikah yang baharu.

Terdahulu, Ammar Yaser Ahmad Nazri berkata Ahmad Aslam memfailkan pengesahan lafaz cerai dan rujuk pada 10 Mac lalu.

Ammar Yaser berkata, Ahmad Aslam atau nama penuh Ahmad Aslam Kasyfun Nazir Rashid melafazkan lafaz cerai dan rujuk terhadap isteri keduanya itu sebanyak dua kali iaitu pada September 2024 dan rujuk pada bulan sama.

Ahmad Aslam kemudian melafazkan cerai buat kali kedua pada April tahun lalu dan pasangan itu difahamkan kembali rujuk, dua bulan kemudian.

Kemelut rumah tangga Marissa menjadi perhatian apabila dia dilapor berkahwin dengan Ahmad Aslam di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023.

Menerusi perkahwinan itu, Marissa bergelar isteri kedua berikutan Ahmad Aslam masih berstatus suami kepada pempengaruh, Umisya Mazlan.