![[VIDEO] Atikah Suhaime Manfaatkan Gelaran Datin Untuk Kebaikan – ‘Saya Nak Kongsi Kemewahan Dengan Orang Sekeliling’](https://asset.ohbulan.com/2025/08/atikah-suhaime-33.jpg)
Pelakon Atikah Suhaime menjadi antara selebriti yang disegani ramai kerana sikap merendah diri meskipun membawa gelaran Datin.
Artikel Berkaitan: Atikah Suhaime Bangga & Pertahankan Bahasa Melayu – ‘Kenapa Pergi Tempat High Class Kena Cakap Bahasa Inggeris?’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Atikah Suhaime Tak Mahu Terlalu Kawal Kehidupan Anak – ‘Itu Adalah Pilihan Dia’
Gelaran Datin
Menerusi hantaran di TikTok, Atikah memberikan respon terhadap komen seorang warganet yang mendakwa apabila dia bergelar Datin, gaya dan pilihan jenama akan berubah kepada yang lebih eksklusif.
Bagaimanapun, pemilik nama Nur Atikah Mohd Suhaimi, 34, itu berpendapat status tersebut adalah kelebihan untuk dia memberi manfaat kepada orang lain.
Saya masih tak faham, apa nak buat dengan gelaran Datin?
Saya hanya ingin kongsi kemewahan dengan orang sekeliling. Walaupun dah Datin, saya belum cukup kaya untuk tolong semua.
Kongsi rezeki
Justeru, aktres berasal dari Singapura itu memilih untuk menggunakan gelaran tersebut ke arah kebaikan dengan berkongsi rezeki bersama orang tersayang.
Dalam hantaran yang sama, Atikah turut memuat naik momen-momen ketika dia menggembirakan insan-insan di sekelilingnya.
Manakala saya sejak jadi datin, belanja emas tebal-tebal, hampir tiap hari makan Omakase, belanja mummy mertua penjagaan rambut yang mewah macam angry koala.
Pergi mana-mana pakai driver, pastikan mama dan papa belanja bulanan lebih dari mencukupi, belanja staf Zaitun makanan setiap kali datang office.
Belanja Amir dan dayang-dayang Mulan makan mewah. Derma kepada random people online, belanja followers sesi senaman percuma dengan jurulatih peribadi, beli mainan kucing sebanyak mungkin.
Beli random baju untuk Mulan di TikTok, balik Singapura sesuka hati naik flight sebab rindu masakan mama, belanja dayang-dayang Mulan rawatan rambut di salun, kasi dayang-dayang Mulan enjoy sementara saya jaga Mulan, menyokong jenama lokal.
Saya berharap suatu hari nanti saya akan menjadi sangat kaya dan menyebarkan kebaikan ke mana-mana sahaja saya pergi.
Sumber: TikTok Atikah Suhaime