Pelakon Atiq Azman dan isterinya, Alia Natasha kini melangkah ke fasa baharu dalam kehidupan mereka apabila mula menceburkan diri dalam dunia perniagaan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Atiq Azman Tamat Zaman Bujang, Sah Bergelar Suami Alia Natasha – ‘Hai Isteriku’

Artikel Berkaitan: Atiq Azman Tak Lagi Kongsi Foto Tayang ‘Six Pax’, Mahu Berubah Sebelum Bergelar Suami – ‘Itu Tanggungjawab Saya Pada Keluarga’

‘Allah uji kami dengan pelbagai bentuk’

@aliakerul

Share sedih & penat tapi bersyukur 2 hari Outlet @bitzydelight kami buka di Zamrud Corner Kajang.. Sesiapa Area #kajang boleh try rasa dessert kami Isnin-Sabtu 4pm-11pm #zamrudcornerkajang #zamrudcorner #kajang #babypancakekajang #zamrudbabypancake #zamrudresidence #babypancake #dessert #pancake #bitzydelightkajang #bitzydelightofficial #bitzydelight

♬ Sedih menyentuh hati – Yuda Pratama

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di platform TikTok, pasangan ini berkongsi momen ketika mereka sibuk menguruskan gerai pertama mereka yang menjual makanan berasaskan dessert (pencuci mulut) di Zamrud Corner, Kajang.

Video tersebut mendapat perhatian ramai yang kagum dengan usaha dan semangat pasangan muda itu dalam membina empayar sendiri.

Tidak dinafikan, setiap perniagaan pasti berdepan dengan ujian dan cabaran tersendiri. Justeru, Alia merayu orang ramai terus menitipkan doa agar perniagaan mereka terus maju dan dilancarkan segala urusan.

Allah uji kami dengan pelbagai bentuk supaya kami merasa setia.

Walaupun kami dikenali atau sebaliknya, itu bukan satu hal yang boleh buatkan kita hidup senang sentiasa. Tetapi doakan perniagaan kami terus berkembang.

Pasangan ini juga berharap dapat menikmati hasil usaha bersama suatu hari nanti tanpa melupakan nilai kasih sayang dalam rumah tangga.

Suatu hari nanti kita dah senang atas usaha kita, kita tetap saling sayang antara kita.

Usaha pasangan ini menerima pujian ramai yang turut mendoakan agar perniagaan mereka berjalan lancar dan  terus berkembang. 

Cabaran dalam bisnes. InsyaAllah satu hari nanti akan bertambah rezeki yang penting. Kita kena kuat semangat jangan mudah mengalah. Perancangan Allah tak ada siapa tahu. Mungkin hari ini kita di uji dan kita tak tahu, mungkin esok ada hikmah menanti.

Itu biasa lah berniaga banyak ujian Allah bagi.  Banyakkan bersabar mesti ada rezeki.

Semoga Allah permudahkan urusan kalian.

InsyaAllah sis, sama-sama usaha biar lambat asal berjaya.

Sumber: TikTok Alia Kerul