Penyanyi, Auddra akui trauma selepas berdepan dengan insiden melibatkan seorang peminat lelaki yang didakwa obses terhadap dirinya sehingga mencetuskan perhatian ramai.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Memang Nak Cari Duit, Cari Rezeki Untuk Ibu Bapa’ – Auddra

Artikel Berkaitan: ‘Saya Gen Z, Sebelum Jadi Artis Tak Kenal Siapa Kamal Adli & Ameng Spring’ – Auddra

Peminat obses

Ketika ditemui OhBulan!, Auddra atau mesra disapa Odda berkata, pengalaman tersebut membuatkan dia lebih berhati-hati dan menjaga batasan ketika berinteraksi dengan peminat.

Menurut Odda, seseorang peminat perlu tahu cara mendekati artis kesayangan mereka tanpa membuatkan individu tersebut berasa terancam atau tidak selesa.

Sejujurnya selepas insiden itu memang saya agak trauma sedikit. Disebabkan itulah kadang-kadang saya lebih menjaga batasan dengan peminat.

Mungkin anda boleh ubah sikap berkenaan, sebab kalau anda mahu rapat dengan artis kesayangan, anda kena buat mereka rasa selamat dan selesa untuk dekat dengan anda.

Odda berkata demikian ketika ditemui pada majlis Pengumuman Top 10 Anugerah Bintang Popular Berita Harian di Ombak, KLCC sebentar tadi.

Mengulas lanjut keadaan peminat terbabit, Odda berkongsi bahawa dia dimaklumkan individu terbabit menjalani kehidupan seperti biasa dan mempunyai pekerjaan.

Ramai yang bagitahu dia sebenarnya waras sahaja dan bekerja.

Jadi dia tahu apa yang dia buat dan saya rasa dia bukanlah penghidap autisme.

Imbas kembali, tular satu video memaparkan interaksi Auddra bersama seorang peminat lelaki di media sosial sehingga mencetuskan perbincangan dalam kalangan netizen mengenai tingkah laku peminat terhadap selebriti.