![[VIDEO] Aunty Ja Kongsi Wajah Terkini Selepas Kemalangan, Netizen Usik Muka Macam ‘Flower Horn’ – ‘Gelak Berjemaah Pula Tu’](https://media.ohbulan.com/2025/03/aunty-ja-dua.jpg)
Selepas beberapa hari terlibat dalam kemalangan jalan raya, pemilik bisnes manisan popular, Suka Dessert iaitu Siti Hajar Mohd Razali memuat naik video hingga meraih perhatian warganet.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Auntie Ja Kemalangan, Program Jelajah Caravan Suka Dessert Dibatalkan – ‘Remuk Habis, Semoga Dipermudahkan’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Auntie Ja Jawab Tuduhan ‘Suka Dessert’ Guna Coklat Murah – ‘Penat Saya Bayar Mahal’
‘Amboi…’
Menerusi perkongsian di TikTok, Siti Hajar atau lebih mesra disapa Aunty Ja memuat naik video pendek memaparkan keadaan wajahnya yang terkini.
Perkongsian Aunty Ja menimbulkan kerisauan dalam kalangan warganet terutamanya mereka yang merupakan peminat kepada perniagaannya.
Pun begitu, ramai juga yang mengusik wanita itu menyamakan wajahnya sama seperti ikan flower horn.
Amboi korang, gelak-gelak cakap muka Aunty Ja macam flower horn. Gelak berjemaah pula tu.
Bagaimanapun, Aunty Ja menjelaskan dia kini berada dalam keadaan baik dan meluahkan rasa syukur terhadap warganet kerana mendoakan kesejahteraannya.
Komen netizen
@cthajarsd Macam pakai botox kan? 🤣
♬ original sound – Auntie Ja Suka Dessert – Auntie Ja Suka Dessert
Sumber: TikTok