Pengacara terkenal Awal Ashaari berkongsi tentang cara yang dilakukannya setiap kali ingin melepaskan rindu semasa berjauhan dengan anak-anak.

Artikel Berkaitan: ‘Cara Didikan Saya Typical Asian Mom, Beza Dengan Cara Awal’ – Scha Alyahya

Artikel Berkaitan: ‘Tidak Ada Rumah Tangga Yang Sentiasa Indah’ – Scha Alyahya Akui Ada Pasang Surut Bersama Awal Ashaari

Bau baju anak

@pama.my

Bila berjauhan dengan anak-anak, Awal Ashaari ada satu tabiat yang cukup menyentuh hati. Dia akan membawa bersama baju anak-anak ke mana sahaja dia pergi. Katanya, setiap kali rindu, dia akan menghidu bau pada baju tersebut. Kadang-kadang, rasa rindu seorang ayah boleh terubat hanya dengan bau yang mengingatkan dirinya kepada anak-anak tersayang. 🤍 #majalahpama #awalashaari #fyp #parenting #haribapa

♬ original sound – Pa&Ma – Pa&Ma

Menerusi perkongsian bersama Pa & Ma, Awal atau nama lengkapnya Ahmad Awaluddin Ashaari, 44, berkata, sebelum berangkat ke mana-mana lokasi, dia akan mengambil baju anak-anaknya dan membawa pakaian tersebut bersama.

Menurut Awal, setiap kali merasa rindu terhadap dua puterinya, dia akan menghidu bau daripada pakaian mereka.

Sampai sekarang saya buat, setiap kali ke luar negara, kadang-kadang kami pergi ke fashion week selama sebulan dan tinggalkan anak.

Katakanlah hari ini hari terakhir dengan anak, jadi baju yang mereka pakai semalam saya akan ambil lipat dan masukkan dalam zip lock supaya bau takkan hilang.

Bila malam-malam saya rindu, saya buka zip lock itu dan akan bau.

Tambah Awal, perkara tersebut membuatkan dirinya berasa tenang memandangkan anak-anak berada jauh di mata.

Itu yang membuatkan saya lepas rindu, saya akan rasa tenang sahaja sebab bagi saya bau itu lagi penting daripada bercakap dekat telefon yang membuatkan kita sedih.

Selepas bau, saya zip balik dan simpan. Kemudian saya akan rasa okay.

Itu terapi untuk saya, yang saya buat hingga ke hari ini.

Sekadar info, Awal dan Scha Alyahya bergelar sebagai suami isteri pada 4 Mei 2012, dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua anak perempuan, Lara Alana yang kini berusia 12 tahun serta Lyla Amina, lima tahun.

Sumber: TikTok Pa & Ma