Di TikTok, video seorang bapa yang menitipkan pesanan serta merestui anaknya yang bakal mendirikan rumah tangga membuatkan warganet sebak.
Minta restu untuk kahwin
Menerusi video yang dimuat naik oleh Fyfa09, dia berkongsi momen tersebut ketika meminta restu daripada bapanya untuk mendirikan rumah tangga. Situasi bertukar menjadi sebak apabila bapanya mula memberikan beberapa pesanan sebelum mengalirkan air mata.
Ayah restu. Kamu jangan bagi ayah berdosa. Kamu dah nak jadi isteri orang taatilah suami kamu.
Bapanya turut menyatakan bahawa dia menghalalkan segalanya dan menasihatkan anaknya supaya jangan mengungkit soal harta benda jika bergaduh kelak.
Ayah halalkan segalanya. Angah minta restu. Rumah tangga ni hidup jauh bukan sekejap, sampai mati sampai akhirat. Syurga kamu. Ayah maafkan. Tak apa ayah restu supaya kamu bahagia dunia akhirat.
Dalam pada itu, wanita berkenaan berharap agar orang ramai mengambil nasihat bapanya itu supaya menjadi pengajaran. Video berdurasi 14 saat itu meraih lebih dua juta tontonan dan mendapat lebih 305 ribu tanda suka di TikTok.
Nasihat ayah saya, korang ambil lah nasihat ayah saya anggap ayah saya pun macam ayah awak ya.
‘Simpan sini untuk kenangan’
@fyfa09 Aku takboleh la dengan #trend ni :’) simpan sini menjdi kenangan #fyp #masukfyp ? original sound – Dorian Marko
@fyfa09 Reply to @ninidriss ??? #fyp ? Penenang Hati – Instrumental – Asraf Studio
Sumber : Fyfa____