berita

[VIDEO] ‘Ayang Tunggu Abang Balik Tapi Jenazah Abang Yang Sampai’

January 3rd, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Kehilangan insan tersayang pastinya merupakan peristiwa yang sangat perit dan semestinya tidak dapat dilupakan. Itulah yang dilalui oleh seorang wanita ini selepas kehilangan suami tercinta.

‘Ayang tunggu abang balik’

Kisah sedih itu dikongsikan oleh Sis_ann28 menerusi satu video di TikTok. Siapa sangka, penantian dan kesabaran seorang isteri yang menunggu kepulangan si suami akhirnya bertukar menjadi linangan air mata selepas mengetahui si suami telah pergi buat selama-lamanya.

Menurut wanita ini, arwah suaminya telah keluar dari rumah dan berjanji akan pulang 5 hari kemudian. Menerusi video tersebut, pada 28 Disember 2021, wanita ini sempat menghantar pesanan ringkas kepada si suami dengan bertanyakan bilakah dia akan pulang ke rumah. Pada ketika itu, si suami hanya membalas dia akan pulang esok malam iaitu pada 29 Disember 2021. Namun Allah SWT lebih menyayanginya. Arwah telah menghembuskan nafas terakhirnya pada 30 Disember 2021 akibat serangan jantung.

Abang cakap pergi lima hari je. Abang cakap esok nak balik. Ayang tunggu abang balik tapi jenazah abang yang sampai.

Wanita ini yang masih bersedih dengan pemergian suami tercinta meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua individu yang tidak henti-henti menitipkan doa serta memberikan kata-kata semangat buat dirinya.

‘Rindu yang tiada penghujungnya’

@sis_ann28 Up vd lain. vd hari tu tt delete. ? RINDU YG TIADA PENGHUJUNGNYA ??#1000kisahkita? #akusygdia #penantian ? original sound – SIS_ ???28

Salam takziah

Video yang dikongsikan wanita ini telah ditonton hampir 100k kali dan menerima pelbagai respon daripada netizen. Mereka turut bersedih dan bersimpati dengan situasi itu dan berharap agar wanita ini diberi kekuatan dan ketabahan untuk menjalani kehidupan yang mendatang.

Sumber: Sis_ann28

SKIP THIS AD ×