![[VIDEO] Ayda Jebat Menangis Hantar Anak Hari Pertama Sekolah, Siap Tunggu Dalam Kereta – ‘Ingatkan Kental, Rupanya Tidak’](https://asset.ohbulan.com/2026/06/ayda-2.jpg)
Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat berkongsi momen ketika menghantar anak keduanya, Aali Mateen ke sekolah pada hari pertama sesi persekolahan.
Artikel Berkaitan: Ayda Jebat Dakwa Lelaki Cuba Mengorat Nabil Mahir, Siap Bagi Nombor Telefon & Ajak Buat Bisnes – ‘Dia Cakap I Really Like You’
Artikel Berkaitan: Nabil Mahir Bangga Dengan Ayda Jebat, Sanggup Jahit Semula Bekas Caesar Demi Peminat
Perkongsian Ayda
Menerusi perkongsian di TikTok, Ayda atau nama lengkapnya Nur Suhada Jebat, 34, tidak dapat menahan air mata selepas menghantar anak lelakinya itu.
Ayda yang berada di dalam kereta bersama suami, Nabil Mahir berkata, dia sedang menunggu di hadapan sekolah sekiranya cahaya matanya itu memerlukan mereka.
Depan sekolah Aali, takut dia apa-apa hal kita ambil dia balik.
Setakat ini baik-baik sahaja, good job Dedek (panggilan Aali).
Siapa macam ini juga bila pertama kali hantar anak pergi sekolah?
Ingat anak nombor dua, kita ni dah kental. Ternyata tidak!
Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memahami perasaan yang dialami Ayda dan turut berkongsi pengalaman mereka semasa menghantar anak-anak ke sekolah buat kali pertama.
Untuk info, Ayda dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata iaitu Ana Nayla dan Aali Mateen sebelum kehadiran anak ketiga, Anggun Mikayla pada 26 Januari lalu.
Sumber: TikTok






![[VIDEO] ‘Tak Perlu Terlalu Lama’ – Jaja Ishak Nasihat Noorkhiriah Jangan Larut Dengan Kekecewaan](https://asset.ohbulan.com/2026/08/jaja-ishak-noorkhiriah.jpg)

