![[VIDEO] Azar Azmi Dedah Kebaikan Ozlynn, Pernah Hulur Bantuan Saat Susah – ‘Aku Dapat Beli Susu Anak’](https://asset.ohbulan.com/2026/04/azar-azmi-ozlynn-1.jpg)
Pelakon Azar Azmi tampil mendedahkan kebaikan sahabatnya iaitu aktres Ozlynn Waty yang pernah membantunya ketika berada dalam keadaan susah.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Azar Azmi ‘Throwback’ Momen Sebak Tak Mampu Belikan Anak Gula-Gula RM2 – ‘Aku Pujuk Dia’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Cemburu Tengok Pasangan Lain..Saya Lebih Kepada Menjaga Anak, Sebab Itu Saya Bertahan’ – Azar Azmi
Ozlynn tolong Azar Azmi
Menerusi podcast Sembang Seram, Azar menceritakan bagaimana isteri kepada pelawak, Johan itu menjadi antara individu terawal yang tampil menghulurkan bantuan.
Pelakon drama Nur ini menyifatkan Ozlynn seorang sahabat yang sangat memahami selain turut menghulurkan bantuan zakat yang membolehkannya membeli keperluan anak-anak.
Aku sempat bercakap dengan dia, aku cerita semua kronologi.
Masya-Allah, aku dapat cakap dengan dia, dia adalah bagi sedikit zakat dekat aku yang aku boleh beli pampers anak aku, susu anak aku.
Aku dapat bagi anak-anak aku makan ayam goreng sebab anak aku memang suka ayam.
Tak dinafikan, bantuan tersebut sangat bermakna apatah lagi ketika Azar sedang bergelut untuk menyediakan keperluan asas buat anak-anaknya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji keikhlasan Ozlynn yang disifatkan sebagai seorang yang berhati mulia dan pemurah.
Mereka turut mendoakan agar kebaikan yang dilakukan itu dibalas dengan rezeki berlipat kali ganda.
Sumber: TikTok Sembang Seram