Anak kepada pengarah dan penerbit terkenal, Datuk A. Aida, Azeva Natassha memilih untuk tidak bercinta sebelum berkahwin kerana menyedari hukumnya haram di sisi Islam.

Artikel Berkaitan: Azeva Gembira Dapat Satu Pentas Bersama Ibu Bapa – ‘Saya Kehilangan Seorang Ayah Dari Umur 3 Tahun’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ammar Haikal Menangis, Terharu Lihat Persembahan Azeva & Ameng – ‘Keluarga Yang Sebelum Ini Berpecah..’

Elak bercinta

@dhia.adwaa

nasihat Azeva pada semua adik adik..jom support AZEVA Di talk to my manager gais.. #talktomymanager #azeva #amengspring #ttmm

♬ original sound – dhia adwa – dhia adwa

Menerusi potongan klip siaran langsung di TikTok, Azeva menegaskan bahawa segala cerita yang mengaitkannya dengan mana-mana lelaki hanyalah sekadar hubungan persahabatan.

Dalam pada itu, Azeva tidak menolak jika ditakdirkan berumah tangga seawal usia 25 tahun namun akui mahu memberi fokus pada membina kerjaya terlebih dahulu.

Kalau nampak ada cerita-cerita saya dengan lelaki, itu semua kawan saja.

Saya tak suka couple. Haram. Kalau nak, terus kahwin saja.

Tapi tak nak sekarang. Saya nak fokus pada kerjaya.

Tapi kalau dah tuhan bagi rezeki awal, nak buat macam mana. Cuma saya bukan jenis yang bercinta.

Selain itu, Azeva sempat menitipkan pesanan agar golongan wanita tidak bergantung harap pada lelaki selagi tidak bergelar isteri yang sah.

Biarlah lelaki di luar sana. Kita tak perlukan lelaki dalam hidup kita. Kita ada kawan-kawan, mak, kakak, adik.

Jangan buat apa-apa untuk lelaki. Kalau dah jadi isteri barulah pergi keluar bersama, belikan suami hadiah.

Sumber: TikTok @dhia adwa