Pelakon, Azhan Rani menyorot perhatian apabila tular satu klip memaparkan dirinya menyantuni ibunya dengan penuh kasih sayang.

Artikel Berkaitan: Azhan Rani Sedih Tengok Video Pak Cik Dihalau Di Surau, Teringat Babak Drama Nur

Artikel Berkaitan: Azhan Rani Bawa Watak Autisme Sebagai Bilal

Anak yang baik

View on Threads

Menerusi perkongsian di Threads, Azhan atau nama penuhnya, Azhan Abdul Rani, 50, meluangkan masa bersama ibunya, Salmah Budin.

Dalam klip tersebut, Azhan dilihat menyuapkan makanan kepada ibunya serta melayaninya dengan penuh kesabaran, sekali gus membentuk imej positif tentang dirinya.

Di sebalik watak Jamali, inilah Azhan Rani.

Lelaki kiriman tuhan.

Hantaran itu turut sekali gus meraih perhatian ramai apabila mempamerkan sisi berbeza Azhan iaitu sebagai anak yang penyayang dan baik berbanding watak yang dibawakan dalam drama Bulan Henti Bicara.

Netizen doa

Menjengah ke ruangan komen, segelintir netizen mendoakan agar pelakon itu dikurniakan jodoh yang baik.

Tidak hanya itu, netizen turut berharap bakal pasangannya itu dapat menghargai dirinya seperti mana dia menghargai ibunya.

Sumber: Threads