Pelakon Azlan Komeng dan isteri Nur Nilam Ortiz memberi respons terhadap isu poligami yang melanda rumah tangga mereka ketika ini.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Azlan Komeng Dedah Pertama Kali Monogami – ‘Bukan Aku Yang Nak Tapi Mereka Rela Bermadu’

Artikel Berkaitan: Isteri Kongsi Video Azlan Komeng Sibuk ‘On Call’, Beri Bayangan Bakal Terima Madu? – ‘Perit Juga Hati Ni Tapi Tu Lah Semua Atas Dia’

Bukan marketing

Menerusi temu bual bersama Melodi, Azlan atau nama sebenarnya Muhammad Azlan Kamiran enggan mengulas lanjut tentang hubungannya dengan wanita berkenaan namun menafikan dakwaan bahawa isu tersebut sengaja dilakukan demi meraih perhatian warganet.

Saya tak boleh nak kongsikan secara terperinci kerana saya perlu menjaga hati isteri dan bakal isteri saya, namun ini bukanlah konten.

Saya sebelum ini pernah berpologami dan ini bukan kali pertama. Cuma perjalanan setiap hubungan rumah tangga itu berbeza.

Bukanlah tidak serik berpologami lagi, ada alasan yang kuat untuk berpoligami dan pasti tidak akan sama jalan yang lalui. Jika sampai pada waktunya, insya-Allah saya akan jelaskan.

Dalam pada itu, Azlan berkata, dia akan berbincang mengenai perkara tersebut terlebih dahulu bersama Nilam malah bersedia menerima sebarang syarat daripadanya.

Pastinya saya akan berbincang dengan Nilam sebab keutamaan saya ketika ini adalah dia. Saya faham hati perempuan dan akan ada penentangan jadi kami akan berbincang. Kalau ada syarat daripada dia, saya dengan senang hati mendengar.

Kalau mampu saya akan turutkan, kalau tidak saya harus fikir..saya tetap bersyukur dia tidak meninggalkan saya.

Ada juga yang menggalakkan kami untuk berpisah, sebenarnya itu lebih teruk daripada poligami.

Justeru, Azlan meminta orang ramai supaya tidak mudah menghakimi dirinya dan menegaskan bahawa dia amat menghargai serta menyayangi isterinya.

Saya tak nafikan banyak kebaikan yang isteri buat untuk saya dan saya hargai.

Jangan mudah mengatakan bahawa apabila ada poligami, saya tak bersyukur atau tidak mengenang budi.

Jangan mudah menghukum, kalau ia tidak seperti yang disangka adakah awak semua nak datang minta maaf pada saya?

Luahan hati isteri

Sementara itu, dalam nada sebak Nilam memberitahu wanita berkenaan adalah individu yang pernah menjalinkan hubungan dengan Azlan sebelum ini.

Yang nak berkahwin dengan Azlan adalah bekas skandal dia dahulu. Isu duhulu timbul kembali.

Saya beritahu di TikTok kerana penat diganggu. Apabila diajak untuk berjumpa rupanya nak berkahwin.

Sebagai seorang isteri, Nilam mengakui sukar untuk menerima perkara tersebut sehinggakan memberi kesan terhadap dirinya.

Saya masih berharap belas kasihan dia, supaya dia tak buat benda ini. Saya sayang dia sangat.

Orang nampak baik semuanya, tetapi sebenarnya saya tak boleh tidur, tak boleh makan. Saya kerap bertanya kepada dia, betul ke perkara ini?

Saya tak boleh nak buat apa-apa, semua keputusan adalah ditangan dia tetapi berpisah bukanlah jalan yang baik.

Meskipun reda dengan apa sahaja yang bakal berlaku, namun Nilam tetap berharap Azlan tidak meneruskan niatnya untuk mengahwini wanita berkenaan.

Dalam keadaan sekarang ini saya reda, saya cuma berharap belas kasihan seorang suami.

Mungkin orang bertanya kenapa saya masih bertahan, dia seorang suami yang baik, dia sangat menjaga saya dan saya tak nak hilang suami.

Kalau dia ada belas kasihan kepada saya, terutama di bulan Ramadan ini..hari-hari saya berdoa perempuan itu lembut hati jangan ambil suami saya. Saya dah tak ada sesiapa, saya ada suami saya sahaja. Tolanglah saya merayu.

Sejak seminggu lalu, Nilam memberi bayangan Azlan bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita.

Nilam juga berkongsi momen ketika suaminya itu sedang berbual di telefon dengan seorang individu yang didakwa merupakan bakal madunya.

Untuk rekod Azlan dan Nilam mendirikan rumah tangga pada 22 Januari 2022 dan belum dikurniakan cahaya mata.

Sumber: Melodi TV3