![[VIDEO] Azmi Saat Berang Isteri Dakwa Dilayan Kasar Pegawai Bank Di Cheras – ‘Kami Hanya Buta Bukan Bodoh’](https://asset.ohbulan.com/2026/03/azmi.jpg)
Vokalis kumpulan Caliph Buskers, Azmi Saat meluahkan rasa berang selepas isterinya menerima layanan yang didakwa kasar daripada seorang pegawai bank di Cheras, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Azmi Saat Dapat ‘Baby Girl’, Nama Khalisa Insyirah
Artikel Berkaitan: ‘Saya Akui Kesilapan Sendiri Kerana Tidak Peka & Sensitif’ – Jihan Muse Minta Maaf Persendakan Nama Bapa Azmi Saat
Tak suka marah-marah
Menurut Azmi, kejadian itu berlaku ketika dia dan isterinya pergi ke bank untuk mengaktifkan perkhidmatan transaksi dalam talian.
Azmi mendakwa pegawai itu sejak awal menunjukkan sikap tidak menghormati walaupun mereka merupakan golongan orang kurang upaya (OKU).
Kami yang tidak boleh melihat ni sangat bergantung kepada nada kalian bercakap.
Kalau nada kalian baik, maka baiklah persepsi kami pada kalian. Begitu juga sebaliknya.
Menurut Azmi, individu tersebut sepatutnya memiliki kemahiran komunikasi yang baik memandangkan dia merupakan pegawai khidmat pelanggan yang berurusan dengan pelbagai kerenah pelanggan.
Sebagai pegawai khidmat pelanggan, semestinya kemahiran menggunakan nada sudah kalian kuasai.
Elakkan gunakan nada rumahan atau kampungan waktu melayan pelanggan. Kalau di kampung boleh saja nak kata, “Aku ni memang macam ni. Cakap memang kasar.”
Sangat berbeza bila kalian bekerja. Bila nadanya tidak betul, tiada perkataan lain dari kami untuk kalian selain Kurang Ajar.
Menurutnya, dia tidak suka memperbesarkan hal peribadi, tetapi tidak dapat menahan diri apabila dilayan secara kasar.
Saya tidak suka nak marah-marah di media sosial. Tapi tak boleh tahan sebab dah beberapa kali dapat layanan yang kurang baik dari pegawai khidmat pelanggan.
Apa yang mahu kami tegaskan, kami hanya buta bukan bodoh. Tolong layan kami sebagai orang yang tak bodoh.
Sumber: Instagram