berita

[VIDEO] ‘Bagaimana Allah Nak Terima..?’ – Da’i Wan Tegur Lelaki Berpakaian Wanita Tunai Umrah

February 4th, 2020 | by Arini Saleh
Video Popular

Da’i Wan Dazrin menerusi sebuah video di Twitter memberi pencerahan mengenai amal ibadah yang tidak diterima Allah SWT jika dilakukan dengan cara yang haram. Video berdurasi 1:49 saat itu mendapat perhatian netizen sehingga meraih lebih 2k retweet dan 4k likes.

Rata-rata bersetuju dengan teguran yang diberikan Wan Dazrin kepada golongan yang melaksanakan amal ibadah tanpa memahami dengan baik hukum hakam terlebih dahulu.

Lakukan cara haram, bagaimana Allah nak terima?

Sebenarnya apa yang berlaku ini mungkin menjadi ibrah kepada kita semua, ataupun pelajaran kepada kita semua. Ingat, bila kita nak melaksanakan apa sahaja bentuk amal ibadah kita kena ada kefahaman tentangnya dulu. Bukan ikut suka hati je. Lepastu rasa nanti hidayah akan datang kepada kita. Tidak.

Dia tidak semestinya macam tu. Pertama sekali Nabi sebut dalam Hadith riwayat al-Bukhari, siapa-siapa yang Allah nak jadi baik, Allah akan berikan kefahaman kepada dia tentang agama. Sebab itu kalau kita nak kebaikan datang dari Allah bila kita melaksanakan apa jua amal ibadah maka sebenarnya kita kena ada kefahaman dulu dalam nak melaksanakan amal ibadah tu.

Katanya, isu yang diperkatakan kebelakangan ini mungkin boleh dijadikan pengajaran kepada semua. Dalam melaksanakan amal ibadah, seseorang hendaklah memahami dengan baik dan tidak bertindak tanpa berfikir.

Kena tahu hukum hakam

Salah satunya adalah amal ibadah Umrah, contohnya. Jadi kita kena tahu pasal hukum hakam, pasal Umrah. Bolehkah seorang lelaki melaksanakan ibadah Umrah tiba-tiba berpakaian macam perempuan. Kita kena tahu hukum hakam tentang itu, sebab ramai terlepas pandang yang mungkin orang ingat bila kita melaksanakan amal ibadah ni, tanpa kefahaman yang baik.

Kita solat tapi tiada kefahaman yang baik tentang solat, kita minta doa tapi tiada kefahaman yang baik tentang doa. Mungkin cara kita salah, termasuk dalam hadith Nabi jugak, ketika Nabi sebut bagaimana satu doa itu nak makbul bila dia datang dengan makan minum yang haram, dia datang dengan pakaian yang haram, doanya tak makbul Nabi sebut dalam hadith.

Sebab itu benda ni penting untuk kita take note iaitu bila kita nak melaksanakan amal ibadah kita kena ada kefahaman dulu tentang amal ibadah tu. Bukan buat ikut suka hati dan juga melanggar hukum hakam dalam nak melaksanakan amal ibadah tu. Bagaimana Allah nak makbul atau terima kita punya amal ibadah bila kita melaksanakannya dengan cara yang haram? Have a look, renungkan.

Malah, untuk memastikan amal ibadah diterima Allah SWT, hukum hakam agama hendaklah dititikberatkan. Bukanlah bertindak mengikut perasaan sehingga sanggup melanggar hukum hakam dalam melaksanakannya. Mengakhiri video, Da’i Wan Dazrin berharap agar pesanan ini diambil pengajaran untuk manfaat bersama.

Sumber : Wan Dazrin

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×