berita

[VIDEO] Bagi Kawan Baik Pinjam Kereta 2 Tahun Lepas, Lelaki Terkejut Jumpa Kereta Semula Di Parking Hotel

October 16th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Apabila bercakap mengenai kawan baik pasti kita tidak berkira dengan mereka dan tidak kisah jika kawan baik itu meminjam sesuatu kerana percaya bahawa mereka pasti tidak akan mengambil kesempatan ke atas kebaikan kita.

Tetapi, lain pula kisah seorang lelaki ini apabila dia dipercayai ditipu oleh kawan baiknya selama dua tahun.

Kawan baik pinjam kereta 2 tahun lalu

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Ketam Putih di TikTok, memaparkan seorang lelaki dipercayai ditipu oleh kawan baiknya selepas dia memberi pinjam keretanya pada dua tahun lalu.

Apabila lelaki berkenaan meminta kereta kembali, rakannya memberi bermacam-macam alasan serta harapan palsu. Walau bagaimanapun, lelaki tersebut nekad untuk mendapatkan keretanya kembali.

Macam-macam alasan, bagi harapan palsu. Tipu sana sini. Kali ni dia cakap dia berkeras nak kereta dia balik.

Lebih mengejutkan lagi apabila lelaki berkenaan sanggup menaiki bas dari Melaka demi mengambil keretanya dan akhirnya menemui di tempat letak kereta di sebuah hotel.

Bagi kawan baik pinjam kereta. 2 tahun baru dapat balik tu pun tersadai kat parking hotel. Sampai hati betul kawan baik buat macam tu kat dia.

Rakannya dikatakan menipu dengan mengatakan bahawa kereta tersebut berada dalam keadaan baik jika parking di hotel, namun lelaki berkenaan mendakwa bahawa keretanya itu tidak dapat dibawa keluar kerana rakannya tidak membayar hutang kepada pihak hotel.

Nak keluar kereta pun tak boleh kawan dia tu berhutang dengan pihak hotel. Kena settle hutang dulu. Kesian.

‘Mangsa tipu dengan kawan baik sendiri’

@ketamputihMangsa tipu dengan kawan baik sendiri..? original sound – Muqris Radi

Respon netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meminta agar lelaki berkenaan bersabar dengan dugaan yang dialami olehnya. Malah ada juga di antara mereka turut berkongsi pengalaman sama seperti lelaki tersebut.

Sumber : ketamputih

SKIP THIS AD ×