berita

[VIDEO] ‘Bahagia Aku Mungkin Bukan Dalam Perkahwinan Buat Masa Ini’ – Anim Ezati

January 26th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

Seperti yang diketahui ramai, pengacara Anim Ezati sudah bercerai dengan bekas suami, Mohd Fadli Sahudin pada awal tahun 2022.

Artikel Berkaitan: Anim Ezati & Suami Sah Bercerai

Tak ada yang sempurna

Menerusi sesi temu bual bersama penyampai radio, Lin Ariffin, Anim ditanya adakah perlu untuk cerita tentang hal perkahwinan kepada masyarakat? Bagi pendapat Anim, 31, perkahwinan adalah satu aib.

Jadi sebenarnya kan, bila tengok orang sekarang ini  dia dah tak sorok  dan lebih berkongsi tentang masalah. Ada sesetengah orang pasti memberi kritikan.

Perkahwinan bagi saya adalah aib. Kalau cerita detail kenapa bercerai, kenapa sudah tidak bersama, memang buka aib. Sebab tak ada yang sempurna bila kita bercerai.

Cari bahagia di tempat lain

Tambah pemilik nama Anim Ezati Rizki Mohd Khalid, dia sudah reda dengan ketentuan Allah SWT yang menetapkan kebahagiaannya bukan dengan bekas suami.

Kalau dapat kemanisan dalam perkahwinan, alhamdulillah. Bagi saya, satu pemikiran yang kena ada adalah mungkin rezeki kebahagiaan saya bukan dalam perkahwinan buat masa ini.

Kita kena cari kebahagiaan di tempat lain. Sekarang dunia kita boleh tengok di hujung jari. Kita tengok orang sana bahagia dengan suami. Esok ada pula yang buat kejutan untuk isteri dia.

Perkara itu tidak dinafikan akan membuatkan kita terfikir betapa ‘looser’ dan gagal dalam kehidupan. Memang akan ada rasa macam itu.

Namun, Anim juga mengakui dia tidak dapat lari daripada tanggapan orang ramai terhadap wanita yang memegang gelaran ibu tunggal.

Lagi-lagi bila dah jadi ibu tunggal yang masih ada stigma. Tidak dapat dinafikan. Macam mana pun, kena pegang satu. Bahagia aku ini mungkin bukan dalam perkahwinan buat masa ini.

Pada 28 Disember 2019, Anim mendirikan rumah tangga dengan Mohd Fadli Sahudin.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Yara Alanna Khalsom yang kini berusia tiga tahun.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×