berita

[VIDEO] ‘Baju Di Syurga Lebih Indah Dari Di Dunia’ – Ibu Bapa Hiasi Kubur Anak Dengan Tema ‘Hello Kitty’

May 8th, 2023 | by Wani
Kini Trending

Anak merupakan satu anugerah yang terindah dalam sesebuah rumah tangga. Pemergian seorang anak pastinya sesuatu yang sukar untuk diterima buat mereka yang bergelar ibu bapa.

Begitulah kisah sepasang suami isteri di Sumatera Barat, Indonesia yang cuba menerima takdir dengan menghiasi pusara anaknya.

Artikel Berkaitan: Kanak-Kanak Perempuan Usia Setahun Maut Akibat Strok Haba – ‘Air Dalam Badan Semua Kering’

Artikel Berkaitan: ‘Mama Ayah, Aydan Tidur Dulu..’ – Lukisan Terakhir Petanda Anak Pergi Selamanya

Hiasi pusara

Sekadar gambar hiasan

Menerusi perkongsian di TikTok, dilihat sepasang suami isteri mengecat kubur anak mereka, Akel, dengan warna merah jambu dan batu bercorak ‘Hello Kitty’ diletakkan di atasnya.

Difahamkan, video itu dimuat naik pada 17 April lalu ketika majlis pengebumian Akel.

Sebahagian besar orang mula sibuk membeli atau mempersiapkan baju hari raya untuk anaknya. Ibu hanya boleh menghiasi kubur anak gadis ibu kerana ibu yakin baju Akel di syurga lebih indah dari segalanya di dunia.

Dalam pada itu, pasangan tersebut mendoakan agar anaknya, Akel hidup bahagia di syurga.

@helsaseftini

Baju lebaran akel disurga lebih indah dari segalanya #CapCut #anaksurga #anaksurgayangslaludirindukan #anaksurgaku??

? original sound – Inspirasikristen2997 – Inspirasikristen2997

Sumber: TikTok @helsaseftini

SKIP THIS AD ×