Penyanyi, Ernie Zakri meluahkan rasa kecewa apabila warganet mendakwa salah seorang rakan baiknya adalah lelaki ‘lembut’.
Artikel Berkaitan: Ernie Zakri Mohon Maaf Isu Lupa Lirik Lagu ‘Dawai’ Ketika Menjayakan Konsert Patah Hati 2.0
Artikel Berkaitan: 10 Lagu Dalam Album ‘Aura’ Gambaran Jerih Perih Ernie Zakri – ‘Insya-Allah Akan Jadi Inspirasi Buat Pendengar’
Selar dakwaan netizen
Menerusi video di TikTok, Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri berkata sebelum ini dia ada memuat naik gambar rakannya itu di platform X (Twitter) dengan niat untuk mencari jodoh buat lelaki tersebut.
Saya post dekat Twitter saya, saya carikan jodoh. Dia tu dah nak kahwin, umur 28 mak bapak dah tanya-tanya mana jodoh ni tak bawa balik.
Kita sebagai kawan, kita tolong lah kita gunalah apa peluang yang kita ada. Saya ni niat nak tolong kawan.
Difahamkan, lelaki berkenaan adalah teman baik kepada Syamel dan mereka memiliki karekter yang sama.
Mereka ini wataknya sangat ‘soft spoken’, baik, lembut dengan wanita..tapi bukan lembut yang korang sangkakan.
Ada orang nampak ganas luaran tapi kau tak tahu ‘preference of taste’ dia. Banyak je abang sado yang dekat luar nampak straight tapi rupa-rupanya mencurigakan.
Pelantun lagu Ku Bersuara ini kemudian menyelar komen segelintir warganet yang disifatkan melampau kerana melabel rakannya itu sebagai lelaki ‘lembut’ hanya kerana fizikal dan personaliti diri yang sedikit berbeza.
Saya geramlah, dia orang cakap kawan saya tu ada ‘nonok vibes’. Manalah korang kenal dia, sepanjang umur dia pernah jumpa?
Memang mereka ini orang selalu salah paham.
Saya sakit hati, orang ni nak membina masjid lepas itu ada yang cakap ‘sokonglah dia nak bina masjid, mungkin lah dulu dia nonok’. Dia nak backup ke dia nak kutuk kawan saya?
@secretlover.ez Dengar ni guys! jangan nk mengunyit ngunyitkan org yer, Don’t judge book by its cover otey! ?#fyp? #erniezakri #syamel #syamelernie #kunyit #lembut #softspoken #threestooges
? original sound – Ernie Grande Bruno Mel? – Ernie Grande Bruno Mel?
Sumber: TikTok