![[VIDEO] Bapa Buat Surprise Melawat Anak Di Luar Negara Bikin Netizen Sebak](https://media.ohbulan.com/2020/01/egyp-hea.jpg)

Rata-rata pelajar yang menuntut di luar negara pastinya menyimpan rasa rindu yang begitu mendalam terhadap keluarga di tanah air. Apatah lagi, peluang untuk pulang ke negara tercinta dan bertemu dengan insan tersayang hanya dapat dilakukan beberapa kali sahaja sepanjang tempoh pengajian kerana kekangan wang dan juga masalah lain yang mungkin dihadapi.
Bagaimanapun baru-baru ini viral di laman Twitter apabila seorang insan bergelar bapa sanggup terbang beribu kilometer semata-mata untuk bertemu anak kesayangannya yang sedang menuntut di sebuah negara timur tengah sehingga membuatkan netizen tersentuh.
Pengakhiran 2019 yang baik
https://twitter.com/shaneisan/status/1212115700774526976?s=20

Menerusi perkongsian yang dibuat shaneisan di laman Twitternya itu, dia dikejutkan dengan kehadiran bapanya ke tempat dirinya menuntut ilmu, dipercayai di Egypt, Mesir.
Menurutnya, bapa kesayangannya itu datang jauh dari Malaysia seorang diri untuk membuat kejutan kepadanya sempena perayaan tahun baru beberapa hari lepas.
Malah, menerusi video ringkas berdurasi 0:20 saat itu, kelihatan dia dan bapanya saling berpelukan dalam pertemuan yang menyentuh hati tersebut.
Netizen terharu

Tweet yang dibuat remaja itu telah tular dan mendapat hampir 9k rt dan lebih 18k tanda suka. Rata-rata netizen yang menonton video itu meluahkan rasa terharu dan gembira melihat keakraban dua insan tersebut.
Tidak kurang juga, ada dalam kalangan netizen turut mengalirkan air mata dan merasa sebak ketika melihat momen itu.
Sumber: Twitter shaneisan






![[VIDEO] Keluarga Persoal Kematian Winda Lorenza, Dakwa Ada Kesan Jahitan & Lebam Pada Jenazah](https://asset.ohbulan.com/2026/08/winda-lorenza.jpg)

