berita

[VIDEO] Bapa Dipercayai Leka Main Telefon Sampai Anak Lemas & Hanyut Dalam Sungai Pun Tak Sedar!

January 27th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Setiap insan yang bergelar ibu bapa perlu memainkan peranan yang sangat penting dalam mengawal pergerakan anak-anak bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

Terbaru, seorang bayi didakwa telah disahkan meninggal dunia gara-gara kecuaian si bapa.

Dipercayai leka main telefon

Berdasarkan video pendek yang dikongsikan oleh Yuni Rusmini di Instagram memaparkan seorang bayi sudah hanyut dibawa air sungai. Insiden cemas ini dipercayai berlaku di Jakarta Timur, Indonesia. Menurut sumber, ketika kejadian, ibu mangsa tiada di rumah kerana bekerja.

Oleh itu, mangsa telah ditinggalkan bersama bapanya. Tetapi tanpa disedari mangsa didakwa telah keluar rumah bersendirian. Si bapa yang dipercayai sedang leka bermain telefon di dalam bilik langsung tidak menyedari keberadaan anaknya itu.

Lebih meruntun hati apabila mengetahui mangsa didakwa telah terjatuh ke dalam sungai dan lemas sebelum disahkan meninggal dunia. Mayat mangsa yang terapung dan hanyut itu ditemui oleh penduduk kampung.

Hanyut dibawa air sungai

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Yuni Rusmini (@yuni.rusmini.58)

Kasihannya..


Kejadian tersebut telah mengundang kemarahan dalam kalangan netizen. Rata-rata daripada mereka berang dengan sikap tidak bertanggungjawab dan kecuaian si bapa ketika menjaga anak kecil.

Sumber: Yuni Rusmini

SKIP THIS AD ×