berita

[VIDEO] Baru 15 Tahun, Netizen Terkejut Gadis Bawah Umur Berlakon Adegan Suami Isteri Dalam Bilik

June 4th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Twitter, rata-rata netizen membantah dan mempersoalkan kenapa pelakon remaja bawah umur diberi watak sebagai seorang isteri dalam drama bersiri ‘Suara Hati Isteri’ di Indonesia. Menurut netizen, pelakon berusia bawah 17 tahun tidak seharusnya melakonkan aksi orang dewasa.

Baru berusia 15 tahun

Aku mahu ciuman sebagai isteri aku.

Watak Zahra yang dilakonkan oleh Lea Ciarachel dalam drama ‘Suara Hati Isteri’ itu mendapat perhatian ramai apabila pelakon cantik ini baru berusia 15 tahun. Di samping itu, watak tersebut dianggap kurang sesuai kerana Lea terpaksa berlakon aksi orang dewasa bersama suaminya iaitu Pak Tirta (Panji Saputra) yang sudah berusia 39 tahun. Menerusi drama berkenaan, Lea merupakan isteri ketiga Pak Tirta.

Ganti pelakon lain

Berikutan daripada itu, pihak Komisi Penyiaran Indonesia (KPI) turut tampil membantah tindakan pihak produksi drama tersebut yang dipercayai telah melanggar tatacara penyiaran di stesen televisyen negara republik berkenaan. Justeru itu, stesen penyiaran Indosiar bersetuju untuk menggantikan pelakon wanita lain bagi melakonkan watak Zahra.

Di samping itu, pihak produksi diarahkan untuk menukar jalan cerita drama tersebut. Ini kerana, pihak berkuasa tidak mahu mereka mengajak masyarakat untuk melakukan pernikahan di bawah umur.

Sumber: Kabarkita_id

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×