Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan kesengsaraan seorang wanita hamil menuruni anak tangga sambil dipimpin suaminya.
Baru 4 bulan bersalin, dah hamil lagi
Difahamkan, wanita yang dikenali sebagai Venny disahkan hamil anak keduanya selepas empat bulan melahirkan cahaya mata pertamanya bersama suami, Akash Elahi dengan kaedah czer pada tahun lalu. Saat diperiksa, doktor mengesahkan kandungan itu sudah berusia 2 bulan.
Menerusi perkongsian terbaharu, kandungan Venny dikatakan sudah mencecah usia tujuh ke lapan bulan dan tak dinafikan Venny terpaksa menanggung kesakitan disebabkan pulih 100% daripada prosedur kelahiran czer yang dilaluinya sebelum ini.
Seksa turun tangga
Akash sempat berkongsi detik-detik isterinya mengalami kesukaran menuruni tangga dari tingkat atas rumah untuk ke pusat rawatan. Malah, pergerakan Venny juga dilihat agak terbatas akibat kesakitan yang ditanggung sehingga pinggangnya terpaksa dialaskan dengan bantal lembut.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen terutamanya para ibu meluahkan rasa kasihan melihat keadaan Venny selain berharap agar ibu muda ini dikurniakan kesihatan dan kekuatan untuk melahirkan zuriat. Justeru, mereka berharap agar ianya menjadi pengajaran buat semua supaya merancang dan mengatur jarak kehamilan selepas ini.
Sumber: Akasha Elahi