berita

[VIDEO] Baru 2 Bulan Tinggal Bersama Sebab PJJ, Suami Dijemput Ilahi Sehari Selepas Tahu Bakal Jadi Ayah

August 4th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti menantikan kehadiran cahaya mata sebagai ‘pelengkap’ rumah tangga. Namun, tidak semua pasangan yang diberikan rezeki hamil seawal tahun perkahwinan mereka dan ada yang sudah bertahun-tahun menantikannya.

Tetapi lain pula yang dilalui oleh seorang wanita apabila dia disahkan hamil selepas dua tahun menanti cahaya mata pertama mereka, namun diuji dengan kehilangan suami tersayang pada keesokan harinya.

2 tahun menanti kehadiran cahaya mata, suami menghadap Ilahi

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh Shaa Ibrahim di Facebook, dia memaklumkan bahawa suaminya, Wan Muhammad Hasruldin telah kembali menghadap Ilahi selepas terlibat kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan untuk pergi ke tempat kerja.

Pagi tadi saya hantar gambar ni dekat awak sayang. Rupanya awak tak sempat tengok. Allah panggil awak balik. Dua tahun awak tunggu sayang. Saya kuat sebab ni. Ni juga last WhatsApp saya sempat hantar dekat awak. Lepas ni tak akan ada dah orang yang nak hantar emoji lucu-lucu dekat saya.

Hari ni GPS awak tak bergerak saya call tapi tak ada siapa yang jawab. Rupanya Allah SWT yang panggil awak dulu.

Sebelum ini mereka terpaksa PJJ (perkahwinan jarak jauh) selama dua tahun atas urusaan kerja dan sebenarnya baru dua bulan mereka mula tinggal bersama.

Lebih menyedihkan lagi apabila arwah suaminya begitu teruja dapat berita gembira bahawa isterinya disahkan hamil sebulan dan dia bakal menjadi seorang ayah sehingga sanggup membatalkan hasratnya untuk membeli kereta baru.

Pada malam sebelum kejadian arwah dapat berita gembira bakal jadi ayah, sukanya dia sehingga cakap dia sanggup berkorban untuk anak bini dan cancel kereta. Dia sanggup berulang-alik dengan motor lagi. Awal pagi esoknya dia betul-betul berkorban.

‘Bekal awak tak sempat jamah’

Menurut Shaa, pada pagi kejadian, suaminya sempat meminta untuk menyiapkan bekal nasi goreng dengan udang kunyit, namun tidak sempat dijamah olehnya.

Bekal awak tak sempat jamah. Pagi tadi awak request nak nasi goreng pastu udang goreng kunyit. Saya tanya awak nak sambal belacan tak. Awak kata nak. Ceria je suara awak sayang. Macam biasa breakfast roti bakar favourite awak cuma pagi tadi saya minta tolong awak sapukan butter.

Ujarnya lagi, kawan-kawan arwah suaminya datang menziarah arwah untuk kali terakhir dan mereka turut mengalirkan air mata kerana sedih kehilangan seorang kawan yang baik. Shaa juga memberitahu bahawa srwah suaminya telah selamat dikebumikan di kampung halamannya di Pasir Mas, Kelantan.

Saya minta maaf tak mampu tengok awak tadi dekat tempat kejadian.

Demi Allah awak terlalu baik. Tidak sekalipun awak marah saya. Tidak sekalipun kata-kata kasar keluar dari mulut awak. Allah sayang awak.

2 tahun PJJ, baru 2 bulan duduk sebumbung

@bebop137al fatihah buat suami sahabat saya..semoga sahabatku terus kuat…bru mahu rase hidup bersama…Allah ujimu sahabat dgn kehilangn suami buat selamanya? Denting – Fadhilah Intan ?

‘Allah sayang awak’

Sumber : Shaa Ibrahim, Wan Nor Syazwani, bebop137

SKIP THIS AD ×