berita

[VIDEO] Baru Je Nak Tegur Tapi Teringat Jiran Baru Meninggal Dunia 7 Hari Lepas…

April 9th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Tangkap layar video

Hasrat seorang lelaki mahu menegur jirannya di hadapan rumah terhenti apabila menyedari jirannya itu sebenarnya telah meninggal beberapa hari yang lalu! Video tersebut telah tular di media sosial dan dikongsikan oleh Makassar_Info di laman Instagram.

Jiran baru meninggal?

Foto: Tangkap layar video

Menerusi video yang berdurasi kurang satu minit itu, memaparkan seorang lelaki yang terkejut melihat jelmaan seperti manusia berada di hadapan rumah jirannya. Apa yang lebih mengejutkan, apabila jirannya itu baru sahaja meninggal tujuh hari yang lepas. Mustahil kalau jirannya yang berada di situ. Difahamkan, pada mulanya dia berniat untuk menegur jirannya itu namun, hasratnya terbantut ketika itu.

Susulan melihat ‘kelibat’ tersebut individu tersebut dilihat melarikan diri bagi menyelamatkan dirinya. Kejadian tersebut berlaku di Kampung Gentur, Desa Jambudipa, Kecamatan Warungkondang, Cianjur Jawa Barat. Video tersebut telah ditonton lebih 400k tontonan dan meraih ratusan komen daripada warganet. Sehingga kini tidak dapat dipastikan kesahihah video tersebut namun ada yang mendakwa ianya sekadar lakonan bagi meraih tontonan di media sosial.

Video kejadian

Sumber: Makassar_Info

SKIP THIS AD ×