Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan seorang pengantin perempuan yang baru berkahwin pergi ke balai polis bagi mendapatkan kebenaran untuk berkahwin dengan teman lelakinya.
Pengantin nak kahwin dengan teman lelaki
Menerusi video pendek tersebut, kedengaran pengantin perempuan yang memakai sari berwarna merah memberitahu bahawa dia ingin berkahwin buat kali kedua walaupun sudah bersuami. Tidak terhenti di situ, wanita terbabit bertindak melemparkan beberapa barangan termasuk kertas dan telefon bimbit.
Kelihatan seorang anggota polis cuba menenangkan dan mengawal wanita terbabit sebelum menyeretnya ke dalam sebuah bilik. Difahamkan, ketika kejadian, wanita berkenaan berada di bawah pengaruh alkohol.
Menerusi ruangan komen, ramai netizen berpendapat bahawa pengantin perempuan dipaksa berkahwin dengan pilihan keluarga. Oleh disebabkan itu, dia menunjukkan ketidakpuasan hatinya dengan mencetuskan kekecohan di balai polis bagi memenuhi keinginannya untuk berkahwin dengan jejaka pilihan hatinya.
Video tular
"Do shaadi karenge Do Shaadi"
Woman demands marriage with lover soon after her wedding with a man
Police watches as mute spectators
Feeling so bad for her Husband
EQUALITY ! pic.twitter.com/S6zbiqE731
— Deepika Narayan Bhardwaj (@DeepikaBhardwaj) March 30, 2023
Sumber: India Times, Twitter