Pada zaman sekarang, rata-rata usahawan lebih gemar menggunakan platform media sosial untuk berniaga, terutamanya menggunakan medium live streaming seperti Facebook live, Instagram live dan Youtube live. Berniaga secara live ini juga dapat memberikan kelebihan buat pembeli di mana mereka pasti mendapat demo yang lebih teliti daripada penjual.

Bagaimanapun baru-baru ini, melalui sebuah perkongsian di laman Twitter, kejadian memalukan telah terjadi kepada seorang peniaga yang sedang bersiap sedia untuk meniaga menggunakan live Facebook.

Tersungkur gara-gara kerusi patah

Melalui video viral yang berdurasi 0:49 saat, pemilik baju bundle yang sedang bersiap sedia memulakan sesi jual beli itu tersungkur ke lantai selepas kerusi yang didudukinya patah.

Dia yang hanya sempat memberi salam sebelum terjatuh membuatkan semua kru yang berada di kawasan tersebut gelak besar. Bukan sahaja kru, dia yang jatuh terkangkang ke lantai juga kelihatan turut gelak besar dengan kejadian itu.

Ramai netizen terhibur

Video yang telah mendapat lebih kurang 180k views, 15.5k retweets dan 11k tanda suka itu berjaya membuatkan semua penonton terhibur dengan kejadian tersebut.

Takdan nak buka bicara

Kerusi ikea lah lepas ni

Gelak sampai anak cucu

Kerusi tu sihat dak

Sumber : Monyet D Lufffy