berita

[VIDEO] ‘Bawa Kereta Laju Sangat’ – Penunggang Motosikal Terpelanting Dirempuh Kereta

November 6th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Di Facebook tular satu video, rakaman dash camera kes kemalangan yang melibatkan penunggang motosikal dan sebuah kereta jenis Honda City. Kejadian ini berlaku di Jalan Iskandar Shah, berhadapan showroom Toyota Manjung.

Dirempuh kereta

Video: Info Roadblock JPJ/Polis

Menerusi video yang berdurasi 11 saat itu memaparkan sebuah motosikal yang dipercayai ditunggang oleh seorang wanita dirempuh oleh pemandu Honda City. Ketika kejadian, motosikal tersebut seakan-akan ingin mengubah laluan ke kanan jalan sebelum dirempuh oleh kereta yang dipandu laju ketika itu.

Hasil rempuhan itu menyebabkan wanita itu terpelanting dari motosikalnya. Namun, keadaan mangsa sehingga kini masih tidak dapat dipastikan. Video tersebut telah meraih ratusan komen warganet yang memberikan pendapat mereka mengenai insiden ini.

Kenapa bawa laju sangat?

Duduk di lorong laju

Slow sangat nak ke kanan

Sumber: Info Roadblock JPJ/Polis

SKIP THIS AD ×