Di Facebook, viral satu rakaman video perakam (dashcam) melibatkan sebuah kereta Perodua Myvi melanggar sebuah kereta Honda Accord sehingga menyebabkan pemandu Honda itu maut.
Dalam video itu menyaksikan pemandu Perodua Myvi tersebut memandu laju lalu hilang kawalan di persimpangan lampu isyarat itu. Lebih menyedihkan apabila mangsa dikhabarkan meninggalkan tiga orang anak masih kecil. Sedihnya.
Laju betul Myvi
Kemalangan yang berlaku pada jam 8.26 pagi di persimpangan lampu isyarat jalan tersebut menyebabkan Myvi berkenaan terbalik selepas melanggar kereta Honda yang berada di laluan lain. Akibat hentakan terlalu kuat, bahagian kereta depan Honda itu remuk mengakibatkan pemandu terperangkap.
Menurut laporan Kosmo, pemandu Honda Mohd. Rizal Buseri berusia 31 tahun maut di tempat kejadian manakala yang lain mengalami kecederaan ringan. Dalam pada itu pihak Bomba mengesahkan pemandu Honda meninggal ditempat disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit.
Di ruangan komen, beberapa individu luah rasa simpati kepada mangsa kerana dikhabarkan arwah masih mempunyai 3 orang anak masih kecil. Rata-rata berharap agar arwah mendapat pembelaan sewajarnya.
Tinggalkan 3 anak masih kecil
Kelajuan membunuh
Sumber : JB Tracer, Kosmo